Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesNahas pesawat: 9 jenazah dikebumi hari ini

    Nahas pesawat: 9 jenazah dikebumi hari ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Kesemua baki sembilan jenazah mangsa nahas kapal terbang terhempas di Bandar Elmina, Khamis lepas dikebumikan hari ini. Semua jenazah telah dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang secara berperingkat untuk dimandi dan disembahyangkan di Masjid Jamek Ar-Rahimiah yang terletak hanya kira-kira dua kilometer. Selesai mandi dan solat jenazah di masjid itu, kesemua jenazah kemudian dibawa ke destinasi masing-masing untuk dikebumikan.

    Sementara itu, suasana hiba menyelubungi Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Fasa 2 di sini sebaik sahaja jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai Allahyarham Datuk Seri Johari Harun tiba. Jenazah Johari, 53, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, selamat dikebumikan kira-kira pukul 12.04 tengah hari dengan bacaan talkin oleh anak Allahyarham sendiri iaitu Muhammad Hafiz Naqiuddin.

    Antara yang hadir memberi penghormatan terakhir adalah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

    Semalam jenazah Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Saleh, 32, seorang lagi mangsa dalam tragedi pesawat terhempas itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda, Kampung Jerung, Sungai Petani, pada 4 petang.

    Sementara itu, jenazah pemandu e-hailing, Allahyarham Sharipuddin Shaari, 51, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Jamek Sultan Hisamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang kira-kira 12.50 tengah hari. Terdahulu, jenazah Allahyarham sekali lagi disembahyangkan di Masjid Jamek Sultan Hisamuddin dengan dipimpin Imam Saudi Jusoh yang kemudian turut membacakan talkin. Lebih 100 jemaah termasuk ahli keluarga menunaikan solat jenazah berkenaan.

    ALSO READ:  Bekas speaker Dewan Negara dicalon hadiah Nobel sastera

    Seorang lagi mangsa Mohammad Taufiq Mohd Zaki, 37, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana di sini kira-kira 1 tengah hari ini. Sebelum dikebumikan, jenazah Mohammad Taufiq yang merupakan Pegawai Khas kepada Allahyarham Johari sekali lagi disembahyangkan di Masjid Bukit Indah, Ampang.

    Jenazah Khairil Azwan, 43, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Mempaga 1, Bentong, Pahang kira-kira pukul 1.50 tengah hari selepas sekali lagi disembahyangkan di kediaman ibu bapa Allahyarham yang diimamkan anak sulungnya, Khairul Harisin, 14. Suasana pilu menyelubungi pengebumian Khairil Azwan yang turut dihadiri ADUN Peramu Jaya Datuk Mohamad Nizar Mohd Najib, ahli keluarga serta kenalan.

    Pada 16 Sept 2010, Khairil Azwan pernah terlibat dalam satu nahas helikopter ketika bertugas sebagai pembantu juruterbang Bahagian Udara, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

    Seorang lagi mangsa Mohammad Naim Fawwas, 35, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang kira-kira pukul 2 petang.

    Sementara itu, cuaca mendung mengiringi pengebumian seorang daripada juruterbang pesawat, Heikal Aras Abdul Azim, 45, di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya kira-kira 2.20 petang dengan bacaan talkin oleh imam Masjid Mahmoodiah Presint 18, Muhammad Rafuwan Putra Affendi. Sebelum dikebumikan, jenazah dibawa ke kediaman keluarganya di Taman Desa Pinggiran Putra, Sepang. Heikal Aras meninggalkan tiga anak, Daniel Zulqarnain, 13, Suri Balqish, 10 dan Rafael Dzulqairy, 9, hasil perkongsian dengan bekas isterinya, Christine Yong. [Berita penuh menyusul]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts