Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesNahas pesawat: Lebih 10 individu dirakam percakapan

    Nahas pesawat: Lebih 10 individu dirakam percakapan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Polis telah memanggil lebih 10 individu setakat ini bagi merakam percakapan untuk membantu siasatan berhubung nahas pesawat terhempas berdekatan Bandar Elmina dekat sini pada 17 Julai lepas. Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata antara yang dipanggil ialah mereka yang mempunyai video rakaman kejadian, pihak syarikat penerbangan dan wakil Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

    “Kita kini menunggu sebarang perkembangan daripada siasatan daripada Biro Keselamatan Kemalangan Udara (BSKU),” katanya kepada media pada program PDRM Selangor Merdeka Ride and Carnival di Tapak Karnival, Stadium Shah Alam hari ini.

    Nahas pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina itu mengorbankan 10 individu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Datuk Seri Johari Harun.

    Mereka terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam, masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta, yang menggunakan lebuh raya berkenaan.

    Sementara itu Hussein memaklumkan polis sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai dakwaan seorang individu mengenai salah laku seorang anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang yang tular di media sosial semalam.

    Individu berkenaan mendakwa diugut seorang anggota polis berpangkat Sarjan selepas membuat aduan kepada pihak jabatan agama Islam dan pihak pengurusan polis berkenaan kes khalwat membabitkan anggota terbabit.

    ”Siasatan telah diambil oleh pihak Ibu Pejabat Kontinjen Selangor dan kita akan lihat daripada laporan kedua-dua pihak. Kita akan buat siasatan lengkap sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts