Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesNajib bincang usahasama dengan kerabat Arab Saudi tanpa saluran formal – Pegawai...

    Najib bincang usahasama dengan kerabat Arab Saudi tanpa saluran formal – Pegawai penyiasat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa percutian Najib Tun Razak dan keluarga di atas sebuah kapal persiaran pada 2009 bertukar menjadi perbincangan usahasama diplomatik yang tidak melalui saluran perbincangan yang sah dan formal sehingga menyebabkan kerugian yang besar kepada negara.

    Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nur Aida Arifin berkata perjumpaan di antara Putera Turki (yang dikatakan kerabat Arab Saudi) dan Pengarah PetroSaudi International Ltd (PSI) Tarek Obaid dengan Najib dan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low ketika percutian itu mengesahkan ia telah menjadi penanda aras kononnya berlaku perbincangan kerajaan dengan kerajaan (G2G) yang dicanang oleh Najib hingga ke hari ini.

    “Perbincangan tersebut juga tidak melibatkan pegawai tinggi kerajaan sedangkan kerajaan terpaksa menanggung pinjaman dana dengan pengeluaran jaminan penuh.

    “Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri ketika itu sepatutnya tahu bahawa perbincangan usahasama G2G aras tertinggi seperti ini memerlukan saluran diplomatik yang sah dan bukannya berpunca daripada perbincangan tidak formal di atas kapal persiaran sahaja,” katanya.

    Saksi pendakwaan ke-49 itu berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya setebal 95 muka surat semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Mustaffa P Kunyalam

     

    Bernama

     

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts