Bekas perdana Menteri Najib Razak mendakwa bahagian tambahan dalam pengampunan diraja membenarkannya untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun dengan tahanan di rumah.
Najib membuat dakwaan itu dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 April lalu.
Dalam semakan kehakiman itu, dia memohon mahkamah mengarahkan Menteri dalam Negeri, peguam negara, Lembaga Pengampunan, kerajaan persekutuan dan beberapa lagi responden untuk mengesahkan dakwaan itu.
[Berita lanjut menyusul]