Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesNajib gagal ketepi Sequerah dari adili perbicaraan kes 1MDB

    Najib gagal ketepi Sequerah dari adili perbicaraan kes 1MDB

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Hakim Collin Lawrence Sequerah akan kekal sebagai hakim dalam perbicaraan bekas perdana Menteri Najib Razak yang menghadapi pertuduhan rasuah RM2.28 bilion berkaitan 1MDB.
    Hal itu berikutan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan Najib pagi ini.
    Sebelum ini Najib memohon Sequerah menarik diri atas alasan hakim terbabit pernah menjadi rakan kongsi firma guaman Zain & Co bersama Jasmine Loo kira-kira 15 tahun lalu.
    Loo sebelum ini menjadi buruan pihak berkuasa berhubung pembabitannya dalam skandal 1MDB dan sudah ditahan pihak berkuasa Malaysia awal Julai lalu.
    Sequerah berpendapat hanya kerana pembabitannya dalam pekerjaan lalu bukanlah alasan untuk menunjukkan dia mungkin berat sebelah dalam pengadilan.
    Katanya sejak Loo meninggalkan firma guaman berkenaan pada 2008 dia tidak pernah berhubung sama ada secara peribadi atau profesional dengan individu terbabit.
    Loo pula terlibat sebagai peguam am 1MDB pada 2011.
    Untuk rekod Sequerah meninggalkan firma itu pada 2014 apabila dia dilantik menjadi hakim.
    Pagi ini Sequerah juga menolak permohonan peguam bela utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah, untuk menangguhkan perbicaraan sementara menunggu rayuan mereka di Mahkamah Rayuan – bagi mengetepikan hakim terbabit – diputuskan.
    Bekas gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz kemudian mengambil tempat di untuk menyambung semula pemeriksaan balas oleh Shafee.
    Semasa mendengar permohonan itu semalam, Shafee berhujah, terdapat risiko berat sebelah di pihak Sequerah jika dia terus mengadili kes berkenaan.
    Bagaimanapun, timbalan pendakwa raya Kamal Baharin Omar membalas, Loo hanya terlibat dengan 1MDB pada 2011, iaitu tiga tahun selepas dia meninggalkan firma guaman Zain & Co.
    [Laporan lanjut menyusul]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts