Najib Razak sendiri tidak tahu jika Lembaga Pengampunan akan bermesyuarat pada bulan ini untuk membincangkan permohonan pengampunannya, kata peguam bekas perdana Menteri itu, Muhammad Shafee Abdullah.
Mengulas laporan Channel News Asia hari ini yang mendakwa lembaga itu akan bermesyuarat bulan ini, Muhammad Shafee mempersoalkan bagaimana organisasi media boleh mendapat maklumat itu memandangkan mesyuarat seperti itu dibuat dengan penuh kerahsiaan.
“Kami sebagai peguam Najib tidak pernah dimaklumkan (seperti mana kes lain) berkenaan langkah yang diambil Lembaga Pengampunan (jika ada) berkaitan permohonan pengampunan anak guam kami.
“Maka kami jadi tergamam bagaimana CNA telah membuat spekulasi dengan berita tidak berasas ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
[Berita lanjut menyusul]