Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesNajib tak maklum kabinet bon AS$3.5 bilion - pegawai SPRM

    Najib tak maklum kabinet bon AS$3.5 bilion – pegawai SPRM

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    KES 1MDB | Seorang pegawai penyiasat SPRM memberi keterangan bahawa bekas perdana Menteri Najib Razak tidak memaklumkan kabinet mengenai terbitan bon 1MDB bernilai AS$3.5 bilion.

    Nur Aida Arifin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang tadi mengenai perkara yang didakwa dilakukan Najib berhubung penglibatan 1MDB dalam pengambilalihan dua pengeluar tenaga bebas (IPP), Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd (TEHSB) dan Genting Sanyen Sdn Bhd.

    Saksi pendakwaan ke-49 itu memberi keterangan semasa perbicaraan hari ini terhadap empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram terhadap Najib yang dikaitkan dengan dana RM2.27 bilion daripada 1MDB.

    “Najib sebagai Menteri kewangan tidak memaklumkan Kabinet berhubung pengeluaran bon AS$3.5 bilion (1MDB), sedangkan sebenarnya obligasi pinjaman sebuah MKD (syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan 1MDB) akan memberi implikasi kepada kewangan negara.

    “Kementerian Kewangan tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai terbitan dua bon itu yang masing-masing bernilai AS$1.75 bilion untuk pemerolehan TEHSB dan Genting Sanyen,” kata Nur Aida kepada hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah.

    Berhubung bantahan oleh peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah mengenai dakwaan cakap dengar (hearsay) dan keterangan pendapat, Nur Aida memberi keterangan bahawa Najib didakwa menguruskan 1MDB menggunakan pendekatan “top down”.

    Saksi itu mendakwa siasatannya menunjukkan perkara ini apabila Najib menandatangani dua resolusi bertulis yang dibentangkan dalam bentuk resolusi pekeliling pengarah (DCR) yang perlu ditandatangani oleh lembaga pengarah 1MDB berhubung pemerolehan dana TEHSB dan Genting Sanyen.

    Pengambilalihan IPP membentuk fasa kedua daripada empat fasa yang didakwa berlaku antara 2011 dan 2014 dan didakwa mengakibatkan berbilion ringgit diseleweng daripada 1MDB.

    Bagaimanapun, disebabkan bantahan daripada Shafee atas alasan cakap dengar, Sequerah mengarahkan supaya sebahagian daripada bahagian keterangan Nur Aida mengenai bon itu digugurkan.

    ALSO READ:  CAP gesa k'jaan tak lagi benarkan kedai makan operasi 24 jam

    Sequerah juga mengarahkan pihak-pihak terlibat membuat hujahan lisan kemudian berhubung bantahan Shafee mengenai keterangan pegawai penyiasat SPRM berhubung dakwaan pendekatan “top down”.

    Prosiding mahkamah terbuka akan disambung semula pada 24 Jan.

    Najib dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.27 bilion daripada 1MDB.

    Bagi empat pertuduhan salah guna kuasa, bekas Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank Bhd cawangan Jalan Raja Chulan di Bukit Ceylon, Kuala Lumpur, antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014.

    Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib dikatakan melakukan kesalahan itu di bank yang sama antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts