Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesNajib tidak dapat pengampunan penuh untuk lemahkan Umno - Puad

    Najib tidak dapat pengampunan penuh untuk lemahkan Umno – Puad

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Mohd Puad Zarkashi mendakwa pengurangan hukuman penjara yang dikenakan ke atas bekas perdana Menteri Najib Razak adalah satu percubaan untuk melemahkan Umno.

    “Najib gagal dapat pengampunan penuh. Ia amat melukakan. Orang lain boleh, dia tidak boleh. Ada yang mahu ia tidak dibolehkan.

    “Banyak pihak akan berpesta. Najib adalah “wow” faktor pemulihan Umno. Kini senjata kebangkitan Umno di tumpulkan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, petang tadi.

    Dia berkata demikian ketika mengulas keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang  menngurangkan separuh hukuman penjara 12 tahun ke atas bekas perdana Menteri itu yang dijangka dibebaskan pada Ogos 2028.

    Kenyataan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri menyatakan denda yang perlu dibayar oleh Najib ialah sebanyak RM50 juta.

    Jumlah asal yang diputuskan mahkamah sebelum ini ialah RM210 juta.

    Puad berkata keputusan itu tidak akan melemahkan Najib dan meminta bekas presiden Umno itu memberi kritikan terhadap kerajaan hari ini. 

    “Najib mesti kembali aktif memberi idea dan kritikan dalam isu ekonom dan kesejahteraan rakyat. Fizikal terkurung tetapi pemikirannya tidak.

    “Buatlah apa sahaja kepada Najib, yang setia tetap bersama. Kifarah tidak akan salah alamat,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts