Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesNajis tikus di stor bahan mentah, tiga premis makanan diarah tutup

    Najis tikus di stor bahan mentah, tiga premis makanan diarah tutup

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Tiga premis makanan diarahkan tutup selepas pemeriksaan menemui najis tikus dalam stor menyimpan bahan mentah ketika pemeriksaan menerusi Op Tegas oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di George Town hari ini.

    MBPP dalam kenyataan berkata arahan penutupan selama 14 hari sehingga 30 Jan ini dibuat di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Establisymen Makanan MPPP 1991.

    “Operasi disertai 11 pegawai Jabatan Pelesenan dibantu dua pegawai Jabatan Penguatkuasa serta dua pegawai Bahagian Perhubungan Awam, bertujuan memantau premis makanan di bahagian pulau, Pulau Pinang supaya menepati piawaian kebersihan yang ditetapkan.

    “Lima premis telah diperiksa dan tiga daripadanya diarah tutup, selepas pemeriksaan pada stor penyimpanan bahan mentah didapati berbau air kencing tikus yang seterusnya membawa kepada penemuan najis tikus,” menurut kenyataan itu.

    MBPP berkata kesemua lima premis makanan terbabit turut diberi Notis Tentang Kesalahan (NTK) mengikut Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 Seksyen 47(1) kerana didapati tidak menyelenggara peranangkap minyak.

    MBPP menerusi Jabatan Pelesenan, sentiasa mengambil langkah proaktif dengan menjalankan pemantauan secara berkala dari semasa ke semasa bagi memastikan semua premis makanan di bawah kendaliannya mengikut standard ditetapkan.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts