Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesNak tonton Coldplay atau tidak adalah pilihan sendiri, kata Teo

    Nak tonton Coldplay atau tidak adalah pilihan sendiri, kata Teo

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PARLIMEN | Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching, berkata terserah kepada seseorang untuk memilih sama ada mengunjungi konsert Coldplay pada malam ini atau sebaliknya.

    Kata Teo untuk yang memilih pergi ke Stadium Bukit Jalil dan menyaksikan persembahan band British tersebut, dia berharap mereka terhibur dengan apa yang disajikan.

    “Tapi untuk mereka yang tak suka suka Coldplay, yang tak minat, tak dapat beli tiket, kita tak perlu kacaulah,” katanya semasa membuat penggulungan Belanjawan 2024 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Komunikasi dan Digital hari ini.

    Teo yang juga ahli parlimen Kulai turut merujuk pandangan yang dinyatakan salah seorang pemimpin kanan PAS mengenai sikap parti itu berhubung tindakan memboikot sesuatu produk atau jenama.

    Katanya terpulang kepada seseorang itu untuk memilih atau memboikot berdasarkan kepada pertimbangan sendiri.

    “Saya percaya ada banyak cara untuk kita menunjukkan sokongan dan solidariti kita kepada Palestin.

    “Ada ahli-ahli yang berhormat pilih untuk memboikot McD (McDonald’s), Starbucks, tapi tak nak boikot Mercedes, dan juga iPhone serta Facebook.

    “Itu adalah pilihan sendiri,” katanya.

    Minta tarik balik

    Untuk rekod semalam Ketua Penerangan PAS Pusat Ahmad Fadhli Shaari dilaporkan berkata, tidak semua produk yang terkait dengan Israel dapat diboikot.

    Dia yang juga ahli parlimen Pasir Mas memberitahu Dewan Rakyat, ada sesetengah syarikat tidak dapat diboikot hanya kerana mereka memihak kepada Zionis, seperti pengeluar kenderaan mewah Mercedes-Benz, serta Facebook.

    Katanya pilihan untuk memboikot atau tidak dibuat berdasarkan “rasa hati” seseorang.

    Pun begitu, kata Ahmad Fadhli selagi sesuatu produk itu boleh diboikot, maka wajar untuk semua pihak memboikotnya.

    Tuan Ibrahim Tuan Man

    Terdahulu Teo menjawab gesaan Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian), agar kerajaan membatalkan konsert tersebut – yang berlangsung pada malam ini – kerana dianggap terbabit menyokong kegiatan tidak bermoral termasuk LGBT.

    ALSO READ:  Anwar kini lebih buruk dari orang yang dia mahu 'reform' - Mahathir

    “Kita bukan menentang konsert… kita menentang promosi nilai yang bercanggah dengan dasar negara.

    “Kerajaan ada data kumpulan tersebut, jadi saya minta supaya perkara ini diberi perhatian,” kata Tuan Ibrahim.

    Menjelaskan lebih lanjut, Teo berkata sebelum ke Kuala Lumpur, Coldplay mengadakan persembahan di Jakarta pada 15 Nov lalu.

    “Apa salahnya kalau sebuah negara yang mempunyai warga Muslim paling ramai di dunia (Indonesia) boleh mengizinkan Coldplay adakan konsert di sana, di Malaysia pula kita tak boleh izinkan mereka datang ke sini?” katanya.

    Namun penjelasan Teo itu tidak disenangi Tuan Ibrahim.

    Justeru timbalan presiden PAS itu meminta Teo menarik balik kenyataan yang dibuatnya.

    “Kerajaan tak boleh bertindak begitu… Saya minta maaflah, saya minta timbalan Menteri tarik balik kenyataan tersebut,” katanya.

    Menurut Tuan Ibrahim kerajaan bertanggungawab untuk memastikan nilai moral yang tinggi diterapkan dalam negara, dan bukan menyerahkan pilihan kepada orang ramai.

    “Kerajaan kena ada polisi, peraturan, ada hak pastikan nilai positif (diterapkan kepada rakyat),” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts