Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesNama Lim timbul lepas lebih setahun siasatan kes Gnanaraja - saksi

    Nama Lim timbul lepas lebih setahun siasatan kes Gnanaraja – saksi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Saksi utama dalam kes rasuah yang melibatkan Lim Guan Eng memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini bahawa nama bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu muncul selepas lebih setahun siasatan kes ahli perniagaan G Gnanaraja pada tahun 2019.

    Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB) Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, 65, mengakui perkara tersebut ketika dirujuk oleh peguam RSN Rayer yang mewakili Lim kepada pernyataan beliau yang direkodkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bagi kes yang melibatkan Gnanaraja di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada tahun 2018.

    Zarul Ahmad bersetuju dengan peguam bahawa beliau tidak menyebut nama Lim dalam keterangan kepada SPRM pada 19 dan 20 Januari, 9 Mac dan 5 September 2018, tetapi nama Pengerusi DAP itu muncul semasa beliau memberi keterangan kepada agensi tersebut pada 9 Disember 2019.

    Rayer: Apakah sebab Zarul menyebut nama Lim Guan Eng semasa memberi keterangan kepada SPRM kerana keterangan bekas pengarah CZCSB, Ibrahim Sahari?

    Zarul Ahmad: Ya.

    Semasa dirujuk mengenai keterangan kepada SPRM pada tahun 2018, Zarul Ahmad juga bersetuju bahawa semasa memberi keterangan pada 19 dan 20 Januari, 9 Mac, dan 5 September 2018, beliau menyatakan bahawa beliau menyerahkan wang sejumlah RM19 juta kepada Gnanaraja untuk diserahkan kepada Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.

    Saksi itu juga bersetuju dengan Rayer bahawa sepanjang siasatan, pihak SPRM tidak meminta beliau untuk mengemukakan sebarang dokumen berkaitan dengan pengisytiharan harta dan Akta Pengubahan Wang Haram.

    Selain itu, Zarul Ahmad menyatakan bahawa beliau berasa tertekan dan penat kerana berada dalam tahanan reman SPRM selama 11 hari berhubung siasatan kes terowong di Pulau Pinang, sebelum dipanggil untuk memberi keterangan kepada SPRM dalam kes Gnanaraja.

    ALSO READ:  Pengundi India sudah berani rasa marah pada k'jaan - Hamzah

    “Selepas memberi keterangan pada 5 September 2018, saya tidak keluar rumah selama kira-kira dua bulan. Saya mengalami anxiety dan berasa sangat tertekan ketika itu,” katanya.

    Ahli perniagaan G Gnanaraja.

    Pada prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Mahadi Abdul Jumaat.

    Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi akan bersambung pada 1 April.

    Pada 2 November tahun lalu, Azura membenarkan permohonan Lim untuk memulakan prosiding mencabar kredibiliti Zarul Ahmad, selepas mendapati terdapat percanggahan dalam keterangan saksi tersebut kepada SPRM dengan keterangannya di Mahkamah Sesyen.

    Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Lim, 63, didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, menggunakan kuasanya untuk menerima suapan berjumlah RM3.3 juta, dengan membantu syarikat milik Zarul Ahmad untuk dilantik sebagai kontraktor projek pembinaan jalan dan terowong di Pulau Pinang bernilai RM6,341,383,702.

    Lim didakwa melakukan perbuatan tersebut antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

    Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan sebanyak 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh dari Zarul Ahmad sebagai upah, bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan tersebut dilantik untuk projek yang sama.

    Lim didakwa melakukan perbuatan tersebut berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di Kuala Lumpur antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.

    Beliau juga dituduh dengan dua pertuduhan lain yang melibatkan pengalihan dua lot tanah milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta kepada syarikat pemaju yang berkaitan dengan projek terowong dasar laut di Negeri tersebut yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Februari 2015 dan 22 Mac 2017.

    ALSO READ:  Kelantan will only declare GISB deviant if its teachings similar to al-Arqam's

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,236FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts