Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesNantikan berita baik buat pengamal media - Fahmi

    Nantikan berita baik buat pengamal media – Fahmi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kerajaan akan mengumumkan beberapa berita baik buat pengamal media di negara ini semasa sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 yang berlangsung selama tiga hari di Kuching bermula esok.

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata perkara itu akan diumumkan semasa majlis kemuncak Hawana 2024 pada 27 Mei ini yang akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    “Nantikan, Insya-Allah ada pengumuman baik,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri, hari ini.

    Turut sama dalam kunjungan hormat itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin, Ketua Pengarang Arul Rajoo Durar Raj dan Ketua Biro Sarawak Hamdan Ismail.

    Mengenai persiapan sambutan Hawana 2024 yang akan membuka tirainya esok, Fahmi berkata semuanya berjalan baik dan lancar tanpa sebarang masalah.

    “Semua berjalan dengan baik. Perbezaan Hawana pada tahun ini adalah kita ada jemput rakan-rakan media antarabangsa yang lebih ramai, termasuk enam organisasi media dari negara ASEAN,” katanya.

    Mengangkat tema “Etika Teras Kewartawanan Mapan”, perhimpunan terbesar fraterniti media Malaysia itu trut disertai wakil media dari Kemboja, Indonesia, Jepun, Kuwait, Brunei, Filipina, Timor Leste, Vietnam, China, Korea dan Qatar.

    Pelbagai program dirangka antaranya Jelajah Hawana 2024 Bersama Siswa yang akan dirasmikan oleh Fahmi di Pustaka Negeri di sini esok, selain Pameran Hawana 2024 di Atrium Utama Plaza Merdeka Shopping Centre selama tiga hari juga bermula pada Sabtu.

    Sebanyak 20 reruai pameran pelbagai agensi akan mempamerkan perkhidmatan mereka, selain memberi peluang kepada para pengunjung mendapatkan pelbagai maklumat serta menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan.

    Turut mengisi Hawana 2024 adalah Persidangan Media Sarawak (SMEC) 2024 bertemakan ‘Evolusi Media dalam Era Digital’ yang berlangsung selama dua hari bermula Ahad dan akan dirasmikan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

    ALSO READ:  Olympics-Gender row boxers were disqualified from World Championships after chromosome test

    Bagi mengenali keunikan budaya serta pembangunan terkini Bumi Kenyalang dengan lebih dekat, peserta Hawana 2024 akan dibawa melawat lokasi ikonik di sekitar bandar raya ini, antaranya Muzium Budaya Borneo, Jambatan Darul Hana, dan Dataran Ibu Pertiwi, menerusi program ‘Juh Raon’ atau ‘jom bersiar-siar’ dalam bahasa Melayu Sarawak, pada Ahad.

    Pada Ahad juga para peserta sambutan Hawana 2024 akan diraikan dalam Majlis Makan Malam yang dihoskan Wan Junaidi.

    Hawana tahun ini ialah edisi keempat penganjurannya selepas diperkenalkan di ibu negara pada 2018, Melaka (2022) serta Perak (2023), dan tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939 bertujuan meraikan sumbangan pengamal media.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts