Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesNasib tiga sekeluarga dapat perhatian Anwar

    Nasib tiga sekeluarga dapat perhatian Anwar

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Gambar sebuah keluarga yang tular di media sosial memaparkan si ibu menggendong bayinya yang mengalami masalah paru-paru serta bergantung kepada alat bantuan pernafasan menaiki motosikal ditunggang bapa bayi itu ke hospital, mendapat perhatian Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    Setiausaha Politik Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi memohon orang ramai menyalurkan maklumat mengenai keluarga itu menerusi ruangan komen Facebook miliknya agar pihak beliau dapat menghubungi keluarga berkenaan.

    “Hal ini telah mendapat perhatian YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan insya-Allah pihak kami akan membantu keluarga ini dalam menambah baik kehidupan seharian mereka,” katanya dalam catatan Facebook beliau, Farhan Fauzi hari ini.

    Mohd Azlan Ishak, 36, dan isterinya Norhidayu Halim, 35, dari Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah tidak mampu membayar tambang teksi.

    Menurut perkongsian yang tular di media sosial, keluarga berkenaan mempunyai sumber pendapatan terhad sebagai pembantu di pelantar ikan yang dibayar gaji harian sebanyak RM50 sehari.

    Keadaan itu menyebabkan mereka perlu berulang-alik ke hospital menaiki motosikal bagi mengambil ubat.

    Bayi lelaki, berusia 11 bulan itu dikatakan terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan hampir setiap masa akibat menghidap masalah paru-paru kronik.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts