Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesNegara perlukan 84 balai bomba baru, kata Nga

    Negara perlukan 84 balai bomba baru, kata Nga

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sebanyak 84 balai bomba baru diperlukan dalam usaha meningkatkan kualiti, kemampuan dan kecekapan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyalurkan perkhidmatan kepada masyarakat di seluruh negara.

    Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata setakat ini Malaysia mempunyai 337 balai bomba dan indeks risiko kebakaran dijadikan sebagai pengukur bagi menentukan keperluan menambah jumlah balai bomba.

    “Jadi mana-mana (kawasan) yang ada keperluan mendesak, kerajaan akan bina dahulu dan sudah tentu perkara ini bergantung kepada kewangan negara dan pembinaannya akan dilakukan mengikut fasa,” katanya kepada pemberita di Melaka malam tadi.

    Nga ditemui pemberita selepas perasmian acara Larian Bersama Bomba Malaysia Madani di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.

    Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) M Noor Azman Taib dan Ketua Pengarah JBPM Nor Hisham Mohamad.

    Nga berkata pembinaan 84 balai bomba baharu itu juga akan seiring dengan jumlah pegawai dan anggota yang berkhidmat di kemudahan itu serta balai sedia ada.

    Setakat ini jumlah anggota bomba di seluruh negara hampir 15,000 orang dan pengisian jawatan juga hampir penuh manakala bagi pengambilan baru pada tahun ini seramai 509 telah dipilih.

    Menurut Nga KPKT serta JBPM juga sentiasa memastikan anggota dan pegawai yang bertugas mematuhi arahan dan prosedur operasi standard yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

    Mengulas mengenai apa yang berlaku sejak kebelakangan ini termasuk insiden di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, Nga berkata, setiap balai bomba serta anggotanya sentiasa diletakkan dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang perkara tidak diingini.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts