Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesNg Suee Lim: Saya sudah beritahu DAP sebelum terima gelaran Datuk

    Ng Suee Lim: Saya sudah beritahu DAP sebelum terima gelaran Datuk

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Wakil rakyat DAP Ng Suee Lim menyatakan bahawa beliau telah memberitahu kepimpinan parti sebelum menerima darjah kebesaran daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini.

    Menurut laporan Utusan Malaysia, Ng yang juga Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor berkata dia menyerahkan perkara itu kepada kepimpinan DAP namun tidak menjelaskannya secara lebih lanjut.

    “Sebelum ini ada isunya, tetapi mengenangkan sekarang kita sudah masuk abad globalisasi, semua keadaannya, perkembangan kondusif dan jadi (bentuk) kerajaan, banyak benda perlu diteliti.

    “Dalam konteks ini, saya sudah maklumkan kepada pucuk pimpinan,” katanya seperti dipetik.

    Ng kini bergelar “Datuk” dan merupakan antara 97 penerima darjah kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-78 Sultan Sharafuddin.

    Dua bulan lalu, dua wakil rakyat DAP di Sabah diberi teguran keras oleh jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu kerana menerima anugerah datuk.

    Susulan itu, Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin dan Adun Luyang Phoong Jin Zhe memohon maaf dan menerima teguran kerana melanggar dasar parti yang melarang menerima sebarang gelaran semasa berkhidmat sebagai wakil rakyat.

    Dasar DAP adalah hanya ahli parti yang sudah bersara dibenarkan menerima darjah kebesaran, sama ada oleh Negeri mahupun persekutuan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts