Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesNga: Peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang bersyarat

    Nga: Peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang bersyarat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Peruntukan yang bakal disalurkan kepada wakil rakyat pembangkang adalah tertakluk kepada terma dan syarat, kata Ketua Whip Parlimen DAP Nga Kor Ming.

    Nga yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata keputusan itu yang dibuat oleh Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan semalam, bagaimanapun belum lagi membincangkan mengenai syarat-syarat tersebut.

    “Peruntukan (kepada wakil rakyat pembangkang) itu diberi tertakluk kepada syarat dan terma yang akan dibincangkan.

    “Kita perlukan pembangkang bertanggungjawab dan bukan asyik hanya memainkan isu sentimen tidak membina yang merugikan negara kita,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan Sentuhan Kasih Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ke Kuala Kubu Bharu dekat Hulu Selangor, hari ini.

    Terdahulu hari ini, Timbalan Perdana Menteri yang juga Ketua Whip Kerajaan Perpaduan Datuk Seri Fadillah Yusof dilapor berkata Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan secara dasarnya bersetuju untuk mempertimbang menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

    Dia berkata perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat lebih satu jam yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta dihadiri oleh pemimpin tertinggi parti komponen Kerajaan Perpaduan di Sri Perdana, Putrajaya, semalam.

    Sehubungan itu, Fadillah berkata satu draf memorandum persefahaman (MOU) akan dirangka terlebih dahulu dan dipanjangkan kepada pihak pembangkang, sebagai langkah perundingan seterusnya.

    Dalam pada itu, mengulas mengenai desas-desus DAP akan mengemukakan calon berbangsa Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei ini, Nga berkata kaum apa sekali pun yang diketengahkan parti itu tidak seharusnya dijadikan isu.

    “Tunggu tarikh (pengumuman calon)…kita jangan mainkan isu, yang penting bagi saya tidak kira mana-mana kaum, semua anak kita. Yang penting calon itu dapat berkhidmat, berbakti dan bekerja kepada warga Kuala Kubu Bharu,” katanya.

    ALSO READ:  Russia's warning against aggression on Belarus leads to Putin-Lukashenko meeting.

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing pada 27 April (Sabtu) dan 7 Mei (Selasa).

    Kerusi DUN Kuala Kubu Bharu kosong susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong pada 21 Mac.

    Lee, 58, yang menjadi Adun Kuala Kubu Bharu di bawah Parlimen Hulu Selangor sejak 2013, meninggal dunia selepas bergelut melawan kanser sejak beberapa tahun lepas.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts