Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesNGO: Laporan EIA insinerator di Rawang formaliti semata-mata?

    NGO: Laporan EIA insinerator di Rawang formaliti semata-mata?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jaringan Rawang Tolak Insinerator (JRTI) mengecam Kerajaan Selangor kerana mengumumkan projek insinerator sampah Kuala Langat akan bermula pada pertengahan tahun depan sebelum laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA) siap.

    Dalam satu kenyataan, JRTI berkata pengumuman itu telah menjadikan EIA sebagai formaliti dan sekadar ‘topengan’ semata-mata.

    “Kerajaan Negeri Selangor pada dasarnya bertindak melulu, tidak mengendahkan dan tidak mendengar bantahan rakyat,” kata JRTI.

    JRTI mengulas laporan SelangorKini yang memetik pengarah urusan KDEB Waste Management (KDEBWM) Ramli Mohd Tahir sebagai berkata pembinaan insinerator itu akan bermula Jun depan dan fasa pertama dijangka siap dalam tempoh 36 bulan.

    Ramli berkata YTL Power Generation International Bhd telah dipilih sebagai rakan kongsi untuk pelaksanaan projek fasa pertama.

    Insinerator itu adalah sebahagian daripada Loji Tenaga Hijau Sultan Idris Shah (Sisge) yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari semasa pembentangan Belanjawan Negeri 2024 baru-baru ini.

    “Segala perincian projek fasa pertama akan dimaklumkan kepada pihak awam menerusi proses kajian alam sekitar yang telus dan lengkap serta dijangka siap pada hujung tahun ini,” katanya.

    Di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Ditetapkan) (Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling) 2015, “loji rawatan haba” untuk sisa disenaraikan di bawah jadual kedua yang mewajibkan laporan EIA disediakan.

    Sebaik sahaja ia diterbitkan, orang ramai mempunyai masa 30 hari untuk meneliti dokumen itu dan mengemukakan maklum balas mereka.

    Jawatankuasa teknikal kemudiannya akan mengkaji laporan dan maklum balas berkenaan sebelum memutuskan sama ada untuk menerima atau menolak laporan tersebut.

    Menurut JRTI, Ramli memberitahu mereka semasa satu sesi dialog bahawa projek itu akan dibatalkan sekiranya EIA ditolak.

    ALSO READ:  US will support Russia's food exports, Blinken confirms.

    Justeru JRTI menggesa kerajaan Selangor menjelaskan apakah suara penduduk akan didengar berhubung projek itu.

    “Kami sekali lagi menggesa kerajaan Negeri Selangor mengelak beroperasi secara sulit dan mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan rakyat,” kata JRTI.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts