Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesNGO mahu Lembaga Pengampunan telus tentang permohonan Najib

    NGO mahu Lembaga Pengampunan telus tentang permohonan Najib

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Gerakan yang dikenali sebagai Projek Sama menggesa Lembaga Pengampunan di Wilayah Persekutuan mendedahkan sepenuhnya alasan permohonan oleh bekas perdana Menteri Najib Razak untuk menerima pengampunan diraja serta menuntut penjelasan terhadap syor yang dibuat kepada bekas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

    Dalam satu kenyataan hari ini, Projek Sama berkata perkara itu perlu dilakukan segera selepas laporan yang tidak dapat disahkan semalam mengenai pengampunan terhadap Najib mengejutkan negara.

    “Walaupun Yang di-Pertuan Agong (YDPA) mempunyai kuasa budi bicara penuh ke atas pengampunan banduan di Wilayah Persekutuan seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 42(1) dan 40(3) Perlembagaan Persekutuan, orang ramai berhak untuk dimaklumkan tentang alasan permohonan dan syor, termasuk sebarang pendapat bertulis oleh Peguam Negara [Perkara 42(9)], dibuat kepada baginda.

    “Ketelusan di pihak Najib yang disabitkan bersalah dan pegawai awam yang duduk di Lembaga Pengampunan – Peguam Negara dan Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan (dalam kes sesebuah Negeri, Menteri Besar) – penting untuk memastikan kepercayaan orang ramai terhadap mekanisme pengampunan yang termaktub dalam perlembagaan,” kata Projek Sama.

    Kumpulan itu menegaskan tanpa ketelusan, kepercayaan orang ramai akan terhakis.

    “Orang ramai boleh membuat kesimpulan bahawa banduan yang memiliki kuasa menyalahgunakan mekanisme tersebut dan dengan itu merosakkan keadilan,” tambahnya.

    Lembaga itu, yang diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong, dipercayai telah bermesyuarat pada Isnin lalu untuk memutuskan permohonan pengampunan yang dikemukakan Najib.

    Ia adalah antara tindakan terakhir Al-Sultan Abdullah, yang tamat tempoh perkhidmatannya sebagai Agong semalam.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa yang turut menganggotai lembaga pengampunan itu semalam mengesahkan bahawa keputusan telah dibuat dan kenyataan mengenainya akan dikeluarkan.

    ALSO READ:  PM: Ramai dah mula hilang keyakinan pada Bersatu

    Bagaimanapun, dia tidak menyatakan dengan tepat bila kenyataan itu akan didedahkan.

    Terdapat tiga kemungkinan boleh dibuat oleh Lembaga Pengampunan, iaitu:

    • Najib diampunkan dan dibebaskan daripada penjara.

    • Hukuman 12 tahun terhadapnya dikurangkan. Terdapat jangkaan hukumannya dikurangkan kepada enam tahun.

    • Lembaga Pengampunan tolak permohonan Najib.

    Najib sedang merengkok di Penjara Kajang selepas disabitkan bersalah dalam kes rasuah melibatkan dana RM42 juta dana bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.

    Bekas presiden Umno itu juga sedang berdepan perbicaraan lain, termasuk empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB bernilai RM2.27 bilion.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts