Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesNGO siswa ajak boikot calon sokong pindaan perlembagaan

    NGO siswa ajak boikot calon sokong pindaan perlembagaan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sekretariat Mahasiswa Tolak Pindaan Regresif akan berkempen mengajak masyarakat untuk tidak mengundi mana-mana ahli parlimen yang menyokong pindaan perlembagaan membabitkan kewarganegaraan anak terdampar tidak lama lagi.

    Badan yang turut melibatkan gerakan mahasiswa parti politik kerajaan itu berkata pindaan tersebut – yang akan dibentangkan kerajaan pada sesi Dewan Rakyat kali ini – akan “menjahanamkan” bayi terdampar serta pihak lain yang tidak memiliki kewarganegaraan.

    Dakwa mereka, jika pindaan tersebut diluluskan pihak terbabit bakal terperanangkap akan kitaran masalah individu tanpa negara selamanya.

    Jurucakap sekretariat itu, Aliyah Danial, menegaskan isu “kezaliman” undang-undang regresif berkenaan harus diperjuangkan oleh setiap mahasiswa merentasi parti politik.

    “Sekiranya ahli parlimen tidak mendengar suara kami dengan menyokong usul ini, maka akan kami senaraikan nama-nama mereka agar tidak diundi pada pilihan raya akan datang,” katanya.

    Dia juga menegaskan isu yang diperjuangkan mereka melibatkan aspek kemanusiaan, membela hak anak-anak yang tertindas, yang dinafikan hak pendidikan dan kesihatannya.

    “Saya kira manusia yang mempunyai ihsan di dalam dirinya pastikan akan menentang undang-unang zalim ini.

    “Kami juga ingin tegaskan bahawa apa yang diperjuangkan ini menepati falsafah Malaysia Madani iaitu prinsip Ihsan,” tegasnya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor hari ini.

    Badan itu disertai seperti Angkatan Mahasiswa, Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa, Suara Mahasiwa Universiti Malaysia Sabah, Demokrat Universiti Kebangsaan Malaysia dan Kesatuan Pelajar Sekolah Alternatif.

    Ia turut didukung Mahasiswa Keadilan Malaysia dari PKR, Umnosiswa (Umno) dan Mahasiswa Amanah. Tidak ketinggalan NGO Borneo Komrad, dan Advocates for Non-Discrimination and Access to Knowledge (Anak).

    Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail dijangka membentangkan rang undang-undang bagi meminda isu kewarganegaraan dalam perlembagaan.

    ALSO READ:  Salah guna wang masjid: Bekas bendahari mengaku tidak salah

    Anggap cuma sentimen

    Antara isu yang menjadi perhatian ialah mengenai hak seseorang bayi terdampar yang sepatutnya mendapat kewarganegaraan secara automatik, tetapi dicadangkan kuasa memberikan hak tersebut diberi kepada budi bicara Menteri.

    Asalnya pindaan itu membolehkan seseorang bayi terdampar mendapat kerakyatan secara automatik melalui perundangan.

    Namun melalui pindaan yang baru ini, bayi atau kanak-kanak terdampar mesti mendaftar untuk mendapatkan kewarganegaraan mengikut Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan.

    Kuasa untuk memberikan kewarganegaraan itu berada di bawah Menteri dalam Negeri.

    Selain itu Aliyah juga mengumumkan mereka bakal mengadakan himpunan aman di pekarangan parlimen pada 25 Mac ini.

    Katanya ia akan bermula seawal jam 10 pagi sehingga selesai berbuka puasa dijangka kira-kira jam 8 malam.

    Saifuddin Nasitution Ismail

    Sementara itu aktivis, Wong Kueng Hui, berkata dakwaan dan penjelasan Saifuddin – seperti akan ada warga asing mengambil kesempatan – sehingga kini tidak didasari oleh bukti yang sahih.

    “Kami menuntut Menteri mengemukakan bukti berlandaskan data dan statistik kepada umum.

    “Jika beliau tidak menunjukkan data secara spesifik, saya kira ini hanyalah sentimen semata-semata,” katanya.

    Wong menegaskan kerajaan tidak melihat isu sebenar kanak-kanak terbiar sebenarnya melibatkan anak-anak Malaysia yang tiada kerakyatan.

    “Mereka termasuk bayi terbuang, anak tak sah taraf, anak angkat, anak pada ibu bapa yang berstatus pemastautin tetap dan kes kehilangan atau keciciran dokumen.

    “Mereka tidak patut disamakan dengan warga asing,” katanya.

    Aktivis Borneo Komrad, Mukmin Nantang, pula menggesa kerajaan agar tidak terburu-buru dalam membuat pindaan.

    “Menteri ini sudahlah kalah tidak dipilih rakyat. Buat perkara tidak diminta rakyat. Tidak ada kerja suka-suka tambah pindaan baru.

    “Sepatutnya KDN harus wujudkan satu jawatankuasa melibatkan kementerian, pensyarah dan aktivis dalam membincangkan penyelesaian jangka panjang, seperti memudahkan akses untuk orang tanpa negara untuk mendaftar kerakyatan,” katanya.

    ALSO READ:  Pakar ekonomi: Kurang daya saing juga punca ringgit lemah
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts