Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesNik Abduh nafi diketepikan PAS

    Nik Abduh nafi diketepikan PAS

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bekas ahli parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang kini dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili Negeri Kelantan menafikan dirinya diketepikan PAS sebelum ini.

    Sebaliknya, anak lelaki bekas mursyidul am PAS Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat itu berkata dia sekadar berehat dari kegiatan politik buat sementara waktu sebelum ini.

    “Bukan soal diketepikan. Itu (diketepikan PAS) cerita media. Saya yang memohon untuk berundur dari awal dan cerita saya ini bermula daripada saya menarik diri untuk bertanding di parlimen Bachok kerana atas sebab sebab yang telah saya jelaskan.

    “Jadi dalam dalam tempoh selepas saya tak bertanding itu, PAS ada minta saya bertanding balik. Tapi, saya minta lagi untuk ambil masa, untuk saya uruskan beberapa urusan saya. Jadi, tak timbul soal saya dipinggirkan kepimpinan parti. Itu hanya kenyataan yang dibuat oleh media sahaja,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman tawaran PN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, di Pejabat PAS Kawasan Bakri, Muar, di Johor hari ini.

    Nik Abduh dilantik sebagai senator bagi mewakili Negeri Kelantan selepas cadangan pelantikan dikemukakan Menteri Besar Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud dan mendapat sokongan dari Timbalannya, Dr Mohamed Fadzli Hassan.

    Speaker DUN Kelantan, Mohd Amar Abdullah kemudian membawa cadangan itu untuk mendapat undian dari Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan mojoriti menerima cadangan tersebut.

    Pemilihan Nik Abduh itu bagi menggantikan Mohamad Affandi Mohamad yang tamat tempoh sebagai Ahli Dewan Negara pada 7 Julai lalu.

    Nik Abduh sebelum ini dilaporkan berminat untuk bertanding namun menyasarkan hanya kerusi DUN Chempaka – yang pernah diwakili bapanya.

    ALSO READ:  Ebit Lew sent photo of male genitals on March 14, 2021, says complainant

    Bagaimanapun, namanya tidak disertakan sebagai salah seorang calon PAS-PN bagi menghadapi PRN Kelantan.

    Adik Nik Aziz yang juga bapa saudara Nik Abduh, Nik Din Nik Mat, mengaitkan Mohd Amar, yang bertanding di DUN Panchor sebagai punca Nik Abduh diketepikan dan menggesa orang ramai tidak memberikan undi kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan itu.

    Tidak lama lepas itu, pada 31 Julai, Nik Abduh mengumumkan dia ‘berpuasa’ daripada kegiatan politik. Namun ‘puasanya’ itu hanya bertahan kira-kira dua minggu saja, yang berakhir pada 8 Ogos.

    Nik Abduh, 53, merupakan antara tokoh yang dianggap pelapis dalam PAS serta diharap meneruskan legasi Nik Aziz di Kelantan.

    Selain pernah menjadi ketua Pemuda PAS Pusat, dia juga merupakan bekas ahli parlimen Pasir Mas dan Bachok.

    Mendapat undi tertinggi dalam pengundian Jawatankuasa PAS Pusat untuk sesi 2017 – 2019, kedudukan Nik Abduh sebagai ahli parlimen Bachok digantikan oleh Syahir Sulaiman pada PRU ke-15 tahun lalu.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts