Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesNik Elin dakwa terima ugutan bunuh

    Nik Elin dakwa terima ugutan bunuh

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid membuat tiga laporan polis selepas mendakwa menerima beberapa ugutan bunuh susulan tindakannya mencabar enakmen Syariah Kelantan.

    Nik Elin memberitahu NST banyak ugutan diterima termasuk ugutan untuk ‘menyembelihnya’, selain serangan di internet.

    “Saya sudah tidak dapat mengira berapa banyak ugutan yang dilakukan kerana individu-individu ini tidak faham.

    “Kalaulah mereka meluangkan masa untuk membaca dan memahami undang-undang dan sebab di sebalik cabaran itu, mereka akan faham.

    “Apa yang mereka lakukan hanyalah mengikut arahan pemimpin politik mereka secara membuta tuli,” katanya.

    Nik Elin berkata Islam adalah agama yang menganjurkan keamanan, namun hal ini berbeza dengan tindakan ahli politik yang disifatkannya sebagai terdesak dan pengikut mereka.

    Tambahnya, ada juga cubaan untuk mengheret Anwar Ibrahim dalam isu itu walaupun ia tiada kena mengena dengan perdana Menteri atau mana-mana parti politik.

    Baru-baru ini sembilan hakim Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 8-1 membenarkan petisyen Nik Elin dan anak perempuannya, Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman bagi membatalkan 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan.

    Mahkamah memutuskan badan perundangan Kelantan bertindak melebihi kuasa yang ada dengan menggubal enakmen yang bercanggah dengan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

    Namun, mahkamah hanya membenarkan pembatalan 16 daripada 18 peruntukan tersebut.

    Nik Elin dan Tengku berkata mereka tidak menyerang sistem perundangan syariah seperti yang ditegaskan banyak pihak selepas keputusan mahkamah tertinggi bahawa 16 peruntukan dalam enakmen jenayah Kelantan itu bercanggah dengan perlembagaan.

    “Perkara penting yang perlu kita nyatakan ialah enakmen jenayah syariah (yang dicabar) adalah takzir (undang-undang ciptaan manusia). Ia bukan hudud. Ia bukan qisas,” kata Nik Elin.

    ALSO READ:  Trump says foreign college graduates should automatically get green cards
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts