Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesNik Nazmi: Lebih banyak projek larut resap in situ akan dilaksanakan

    Nik Nazmi: Lebih banyak projek larut resap in situ akan dilaksanakan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah mencadangkan agar projek perintis larut lesap in situ (ISL) baru dibangunkan untuk kegiatan perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di kawasan hutan kekal.

    Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata cadangan itu dibuat berikutan kejayaan cemerlang projek perintis di Mukim Kenering, Hulu Perak, dan permintaan kerajaan Negeri itu untuk mengkaji semula dasar sedia ada yang tidak menyokong atau membenarkan aktiviti perlombongan di kawasan sensitif.

    Katanya butiran mengenai pelaksanaan aktiviti perlombongan di hutan simpanan kekal akan diperhalusi melalui dasar mineral negara.

    “Bagi menentukan kebolehlaksanaan dan memantau kesan ke atas tutupan hutan, biodiversiti dan alam sekitar, kementerian bercadang untuk membangunkan projek perintis baru di kawasan hutan simpan kekal.

    “Kementerian bersama Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia serta jabatan dan agensi teknikal berkaitan akan menilai dan memilih lokasi kawasan hutan simpan kekal yang sesuai untuk dijadikan kawasan projek perintis,” katanya dalam maklum balas bertulis kepada Malaysiakini.

    Bulan lalu Nik Nazmi berkata dasar mineral negara berada pada tahap 80 hingga 90 peratus siap dan sedang menunggu kelulusan daripada Majlis Mineral Negara sebelum dibawa ke kabinet.

    Kaedah perlombongan NR-REE yang ada kaitan dengan ISL membabitkan penggunaan larutan ammonium sulfat berkepekatan rendah yang disuntik ke dalam tanah yang mengandungi NR-REE.

    Larutan itu kemudiannya akan mengekstrak NR-REE dari tanah liat melalui tindak balas pertukaran ion dan disalurkan keluar melalui sistem paip dan dikumpulkan di kaki lereng bukit untuk proses seterusnya.

    Kata Nik Nazmi, kaedah perlombongan ISL yang dijalankan di kawasan tanah liat penjerapan ion memerlukan ia hanya boleh dilaksanakan untuk cerucuk REE yang terletak di atas paras air bawah tanah.

    ALSO READ:  Games-Hosts Chile's wait for Pan Am gold continues after marathon silver

    Hal itu, katanya, ditetapkan begitu untuk menjamin keberkesanan proses larut lesap yang disasarkan, dan kedua, untuk mengelakkan pencemaran air bawah tanah.

    “Perlu diingat bahawa kaedah perlombongan ISL hanya dijalankan untuk cerucuk tanah liat penjerapan ion di atas bukit dan bukan di tanah rata,” katanya.

    [Baca berita lanjut]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts