Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesNilai ringgit dijangka lebih baik susulan pembaharuan sktruktur - ahli ekonomi

    Nilai ringgit dijangka lebih baik susulan pembaharuan sktruktur – ahli ekonomi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Nilai ringgit dijangkakan lebih baik daripada sekarang susulan sokongan daripada pembaharuan struktur yang sedang dilaksanakan kerajaan pada masa ini, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

    Beliau berkata turun naik mata wang, terutamanya bagi ringgit, adalah perkara biasa dan sering didorong oleh penunjuk makroekonomi memandangkan Malaysia adalah negara perdagangan terbuka.

    “Melihat kepada petunjuk makroekonomi, lebihan akaun semasa bagi 2023 kekal pada 1.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Ini menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai simpanan yang boleh digunakan untuk pelaburan dalam negara.

    “Pasaran buruh kita berada dalam status guna tenaga penuh dengan kadar pengangguran yang lebih rendah sebanyak 3.3 peratus pada akhir 2023. Dalam erti kata itu, nilai ringgit sepatutnya lebih baik daripada apa yang ada pada masa ini,” katanya kepada Bernama.

    Bagaimanapun, Mohd Afzanizam menyatakan disebabkan oleh impak sentimen terhadap penilaian mata wang, adalah sukar untuk membuat jangkaan mengenai isu itu.

    Tidak perlu menekan butang panik

    Dalam satu kenyataan semalam (20 Feb), Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata bank pusat itu berpandangan bahawa paras semasa ringgit tidak menggambarkan prospek positif ekonomi Malaysia.

    “Mempertimbangkan perkembangan positif ini dan komitmen kerajaan untuk melaksanakan reformasi struktur, termasuk jangkaan penurunan kadar faedah dalam ekonomi maju, kebanyakan penganalisis menjangkakan ringgit meningkat tahun ini,” kata beliau.

    Mohd Afzanizam mengatakan bahawa Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal juga penting kepada reformasi fiskal yang berterusan bagi memastikan tadbir urus dan ketelusan dalam mengurus kewangan awam dan risiko fiskal.​

    “Apa yang boleh dilakukan ialah kita terus mengekalkan pembaharuan struktur seperti langkah-langkah cukai pembetulan, rasionalisasi subsidi, yang akan terus menarik pelabur-pelabur berkualiti dan menangani isu-isu teras.

    ALSO READ:  Yeoh: Kami terluka dengan kata-kata Syed Saddiq

    “Memandangkan paras hutang Malaysia adalah dalam mata wang mata wang tempatan dan bukan hutang luar Negeri, kita tidak perlu menekan butang panik,” katanya.

    Kelemahan ringgit hanya sementara

    Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata kelemahan semasa ringgit adalah sementara kerana pasaran global, terutamanya rakan dagangan terbesar Malaysia, iaitu China sedang mengimbangi semula trend inflasi mereka.

    Beliau menyifatkan penyusutan nilai ringgit sekarang sebagai reaksi yang berlebihan.

    “Namun, konteks yang lebih luas bagi banyak negara Asia yang bergelut di bawah keadaan kewangan yang ketat, terutamanya yang bergantung kepada pembiayaan dalam denominasi dolar AS, menjadikan akses pendanaan luar terlalu mahal,” kata Innes.

    Beliau juga berkata walaupun nilai ringgit semasa memberi manfaat kepada pengeksport dalam ekonomi yang bergantung kepada perdagangan, inflasi global yang tinggi telah melembapkan permintaan produk, justeru, ringgit menghadapi dinamik dua pilihan yang sukar.

    “Ringgit dikatakan boleh memberi manfaat kepada industri pelancongan di Malaysia dalam jangka pendek.

    “Tetapi kami berpendapat paras 4.80 adalah berlebihan, terutamanya dengan jangkaan pemotongan kadar oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat pada separuh kedua tahun ini,” katanya.

    Selain ringgit, baht Thailand juga bergelut dengan pemotongan kadar faedahnya bagi meningkatkan ekonomi tempatan dan Innes percaya BNM juga berada dalam situasi yang sama.

    “Bagaimanapun, mengurangkan kadar faedah mungkin menyebabkan ringgit lagi lemah dalam jangka pendek,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts