Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesNilaikan dari apa yang terzahir, bukan di fikiran - Mufti Perlis

    Nilaikan dari apa yang terzahir, bukan di fikiran – Mufti Perlis

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin meminta umat Islam supaya menilai sesuatu logo produk atau perkhidmatan berdasarkan apa yang terzahir, bukan apa yang bermain di fikiran.

    Meskipun tidak menyebut mana-mana isu secara khusus, Mohd Asri dipercayai merujuk kepada dakwaan tapak kasut jenama Vern’s yang didakwa seakan-akan kalimah Allah baru-baru ini.

    Menurut Mohd Asri, kes serupa pernah berlaku di Perlis apabila logo sebuah hotel yang diberi nama All in, didakwa menyerupai kalimah Allah.

    “Di Perlis ada hotel diberi nama “All in”. Maka, ada yang tidak berpuas hati kerana kononnya mereka nampak macam tulisan Allah. Apatah Lagi pemiliknya pula bukan-muslim.

    “Saya bertanya kepada yang membantah “dia tulis apa?, Jawab mereka: “All in”. Tanya saya: “Jadi, apa masalahnya?”. Jawab mereka: “Nampak macam tulisan Allah”.

    “Saya kata: “Dia tak tulis Allah, hampa yang nampak macam Allah. Huruf pun jelas All in, bukan Allah,” katanya dalam tulisan di Facebook, hari ini.

    Katanya, kes itu dirujuk kepadanya sebagai Mufti Negeri.

    Tambahnya, pemilik hotel itu juga bimbang kerana banyak barang telah dicetak menggunakan logo tersebut.

    “Kita nilai apa yang terzahir pada tulisan tu bukan apa yang bermain dalam fikiran.

    “Namun, jika kita dapati ada rencana untuk mempersendakan Umat Islam, barulah kita ambil tindakan yang sewajarnya. Jika tiada, jangan timbulkan masalah,” katanya.

    Sebelum ini tular satu video berdurasi tiga minit menerusi media sosial mengenai seorang lelaki yang mendakwa kasut Vern’s dibeli untuk isterinya memaparkan logo seakan-akan kalimah Allah pada bahagian tapak kasut berkenaan.

    Vern’s bagaimanapun menjelaskan bahawa logo berkenaan telah disalah tafsir.

    Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata logo tersebut tidak bertujuan menghina mana-mana agama atau kepercayaan, sebaliknya hanya rekaan grafik garisan tali yang bersambung dengan tapak kasut tumit tinggi.

    ALSO READ:  Wanita gagal keluar Islam selepas perkahwinan tidak menjadi

    Ketua Polis Negara Razarudin Husain sebelum ini berkata polis menerima lapan laporan di seluruh negara berkaitan isu itu dan kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts