Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Saturday, July 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeNewsHeadlinesNizar gagal lagi dalam pemilihan Amanah Gopeng

    Nizar gagal lagi dalam pemilihan Amanah Gopeng

    -

    Shopee CNY Sale

    Bekas Menteri Besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin gagal lagi menempatkan dirinya dalam kelompok teratas ahli jawatankuasa Amanah Gopeng dalam pemilijhan semula yang diadakan hari ini.

    Perkara itu disahkan oleh ketua baru Amanah Gopeng, Ahmad Tarmizi Musa.

    “Ya, beliau tidak dipilih,” katanya kepada Malaysiakini.

    Nizar gagal mendapat untuk untuk berada dalam kelompok 15 tertinggi bagi kawasan tersebut dalam pengundian hari ini.

    Ia secara automatik tidak membolehkan exco Perak itu dipertimbangkan mengisi sebarang jawatan parti dalam kawasan tersebut.

    Berbeza daripada pengundian kebanyakan parti lain, jawatan utama Amanah di peringkat akar umbi sehingga ke tahap tertinggi ditentukan oleh kelompok teratas melalui kaedah musyawarah.

    Kata Ahmad Tarmizi, Amanah Gopeng boleh membincangkan cadangan – jika ada – untuk memberikan jawatan lantikan kepada Nizar selepas ini.

    “Setakat ini, sebarang cadangan untuk lantikan tambahan tidak diputuskan lagi.

    “Apa-apa pun tunggu dalam mesyuarat (jawatankuasa) selepas ini,” katanya yang juga merupakan bekas pegawai Adun Manjoi sebelum ini, Asmuni Awi.

    Mohammad Nizar Jamaluddin

    Sementara itu, Setiausaha Agung Amanah, Faiz Fadzil, berkata mesyuarat tahunan Amanah Gopeng diadakan semula hari ini berikutan mesyuarat terdahulu – pada Nov tahun lalu – dibatalkan kerana tidak mengikut tatacara yang sepatutnya.

    “Dalam kes ini, mereka buat (mesyuarat) secara hibrid.

    “Undian oleh ahli yang hadir secara online tidak dapat disahkan kerana sistem pengundian disediakan hanya untuk (undian) fizikal,” katanya yang turut hadir merasmikan mesyuarat berkenaan di Ipoh hari ini.

    Untuk rekod, Nizar yang juga Adun Sungai Rapat kini dilantik memegang portfolio infrastruktur, tenaga, air dan pengangkutan awam Perak.

    Nizar menjadi Menteri besar ke-10 Perak selepas Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, PAS dan DAP memenangi 31 kerusi pada PRU 2008.

    ALSO READ:  Speed freak influencer arrested in Belgium

    Nizar yang ketika itu bersama PAS memenangi kerusi DUN Pasir Panjang.

    Dia juga pernah menjadi Ahli Parlimen Bukit Gantang selepas memenangi kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil pada 2009.

    Kekalahan Nizar kali ini bukanlah yang pertama kali dihadapinya. Pada Ogos 2019, dia juga gagal mendapat undi yang mencukupi bagi melayakkan diri dalam kelompok 15 teratas bagi kawasan berkenaan.

    Dalam PRU lalu Nizar menjadi satu-satunya calon Amanah yang berjaya memenangi kerusi DUN Perak.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,437FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts