Nota bertulis tangan yang memberi amaran kepada Menteri Perumahan dan Tempatan Nga Kor Ming supaya “jangan cabar Islam” telah ditemui di luar kediaman ibu bapanya di Ayer Tawar, Perak.
Ibu Nga telah membuat laporan polis mengenai nota tersebut setelah menemuiinya.
Menurut laporan Sin Chew Daily, Nga, yang berada di Hong Kong atas urusan rasmi, mengatakan bahawa beliau akan menyampaikan perkara ini kepada pihak polis.
Menteri tersebut juga meminta agar individu yang bertanggungjawab terhadap insiden ini tidak mengganggu keluarganya, terutama ibu bapanya yang sudah lanjut usia.
Sebelum ini, sebuah bom molotov telah dilemparkan ke rumah sepupu beliau, Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham, yang juga terletak di Ayer Tawar.
[Berita penuh menyusul]