Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, September 28, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesNUJM gesa kerajaan kaji pembatalan pas media Harakah

    NUJM gesa kerajaan kaji pembatalan pas media Harakah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJM) menggesa Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) mengkaji tindakan Jabatan Penerangan membatalkan pas akhbar wartawan Harakah serta akreditasi akhbar itu.

    Setiausaha Agung NUJM, Teh Athira Mohamed Yusof berkata tindakan itu mesti mengambil kira kebajikan wartawan yang terlibat dalam pembatalan pas media berkenaan.

    “NUJM bimbang wartawan terbabit tidak dibenarkan menjalankan tugas, tidak dibayar gaji sekali gus menjejaskan mata pencarian mereka,” katanya dalam kenyataan.

    Menurut Teh, kesatuan itu memandang serius tindakan keras kerajaan terhadap organisasi media serta kakitangannya sejak kebelakangan ini yang dilihat menjejaskan kebebasan akhbar.

    “KKD harus bertemu dengan Jabatan Penerangan untuk mengkaji pembatalan tag media wartawan di Harakah Daily dan akreditasi penerbitan kerana ia telah menjejaskan demokrasi dan kebebasan akhbar yang diamalkan di Malaysia sejak kemerdekaannya.

    “Kami berharap Jabatan Penerangan mempunyai penjelasan mengapa kejadian ini berlaku. Jika memang terdapat sebarang laporan palsu oleh penerbitan, tindakan selanjutnya hendaklah diambil mengikut undang-undang dan peraturan,” katanya.

    Sementara itu kesatuan itu juga berpandangan kerajaan perlu menyegerakan penubuhan Majlis Media Malaysia bagi memastikan kejadian seperti itu tidak berulang dan nasib petugas media terbela.

    Pada 7 Nov lalu Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) dilaporkan menarik semula pas perakuan media yang dikeluarkan kepada lidah rasmi PAS iaitu Harakah dan Harakah Daily.

    Perakuan itu diperlukan sebagai akses ke bangunan kerajaan dan menggunakan kemudahan media di parlimen.

    Tindakan itu dibuat susulan artikel Harakah pada 6 Nov yang mendakwa kerajaan “ragu-ragu” dalam menyokong perjuangan Palestin.

    Artikel itu memetik kenyataan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Ahmad Yahaya yang mendakwa kerajaan mengubah nada berhubung pejuang kemerdekaan Palestin untuk mengikuti naratif yang ditetapkan oleh Israel dan Barat.

    ALSO READ:  Kes pedofil: Polis Kelantan terima laporan guru MRSM Tumpat

    Harakah juga menerbitkan satu set gambar bersama artikel itu yang memaparkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan bendera Israel sebagai latar belakangnya, manakala foto Ahmad dihiasi bendera Palestin.

    Bagaimanapun laporan itu telah diturunkan.

    Pada 8 Nov lalu Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari, mengesahkan media rasmi parti itu sudah membuat rayuan berhubung perkara itu.

    Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil kemudian berkata kerajaan sedia memaafkan akhbar milik PAS itu berhubung laporan yang diterbitkannya pada 6 November lalu.

    Dia juga berkata kerajaan mengalu-alukan surat rayuan tersebut dan bersedia untuk mempertimbangkannya.

    Sekat kebebasan media

    Sementara itu, Gerakan Media Merdeka (Geramm) membidas keputusan kerajaan dan menyifatkan ia sebagai tindakan menyekat kebebasan media yang selama ini dilaungkan ketika menjadi pembangkang.

    “Geramm berpandangan tidak ada ruang diberikan kepada pihak editorial Harakah untuk memberikan penjelasan terhadap artikel yang didakwa menyebarkan berita yang menyebarkan tuduhan tak berasas.

    “Tindakan ke atas sebuah syarikat media, walaupun dimiliki oleh sebuah parti pembangkang haruslah dilakukan dengan sebab yang kuat, jelas dan telus oleh kerajaan,” kata kumpulan media itu dalam kenyataan baru-baru ini.

    Harakah mendapat permit penerbitan sejak Mac 1987 sebagai akhbar pertubuhan seminggu dua kali mulai 1990.

    Pada 1997, perdana Menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad yang juga Menteri dalam Negeri menyekat penjualan Harakah secara terbuka dengan edaran terhad untuk ahli PAS sahaja.

    KDN pada Mac 2000 pula menghadkan kekerapannya daripada dua kali seminggu kepada dua kali sebulan.

    Pada 23 Mac 2009, KDN menggantung permit Harakah selama tiga bulan, namun kira-kira dua minggu kemudian, larangan tersebut ditarik balik oleh perdana Menteri ketika itu Najib Razak.

    ALSO READ:  LANGSUNG | Pengiraan undi PRK Pelangai bermula

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,238FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts