Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesNurul Ain, suami tetap semangat salur bantuan ke Palestin

    Nurul Ain, suami tetap semangat salur bantuan ke Palestin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Rakyat Malaysia Nurul Ain Haron yang sebelum ini terkandas di Palestin, akan terus memberi bantuan kepada rakyat negara itu meskipun sudah kembali ke tanah air. Nurul Ain, 37, yang bekerja sebagai pembantu doktor gigi di Emiriah Arab Bersatu (UAE) berkata walaupun proses pemberian bantuan kepada rakyat Palestin sukar, namun beliau bersama suaminya Mohamed A M Shaat, 33, yang merupakan warga Palestin akan terus memberi bantuan kewangan kepada abang iparnya yang masih berjuang di sana. “Sekarang ini bantuan yang sedia ada itu memang susah untuk masuk dan satunya cara untuk masuk (bantuan) ialah melalui sempadan Rafah, jadi saya dan suami di sini bercadang untuk tidak beri barangan yang sedia ada, tetapi memberi bantuan secara wang tunai,” katanya ketika berdialog untuk media tempatan bertajuk Gaza Dihatiku di Surau Al-Mukarammah, hari ini.

    Beliau menjelaskan bahawa bantuan barangan sedia ada seperti makanan akan mula rosak, susulan tempoh mendapat kelulusan kemasukan yang lama dan juga pendedahan terhadap cuaca di sana. Nurul Ain berkata dengan pemberian bantuan dalam bentuk wang, dapat memberi alternatif lain untuk membantu rakyat Palestin itu. Nurul Ain berkata bantuan kewangan tersebut adalah lebih baik baginya secara peribadi, selain beliau tetap menggalakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk teruskan memberi bantuan dalam pelbagai bentuk kepada rakyat di sana. “Pada pandangan saya, pada NGO di luar sana yang mungkin, saya tak boleh kata tak boleh masuk ada kemungkinan mereka dapat masuk dan salurkan bantuan makanan silakan. Tetapi bagi saya sendiri perkara itu sukar untuk kerana saya buat secara peribadi, jadi apa yang saya boleh buat ialah dengan tunai,” katanya.

    ALSO READ:  Polis: Jangan sentuh isu 3R dalam kempen PRK Pelangai

    Pejabat media kerajaan di Gaza pada Rabu mengumumkan bahawa jumlah kematian akibat serangan di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt telah meningkat kepada 11,500 orang, termasuk 4,710 kanak-kanak dan 3,160 wanita. Nurul Ain bersama suaminya dibawa keluar dari Gaza melalui sempadan Rafah di Mesir, tiba di tanah air dengan penerbangan Qatar Airways dari Doha, Qatar, pada 14 Nov lepas. – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts