Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesNurul Izzah: Sistem agihan dana negara perlu diperkukuh semula

    Nurul Izzah: Sistem agihan dana negara perlu diperkukuh semula

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Malaysia perlu memperkukuh sistem pengagihan semula negara bagi membolehkan kekayaan dan dana awam digunakan dengan baik, kata pengerusi bersama Sekretariat Badan Penasihat Khas Menteri Kewangan Nurul Izzah Anwar.

    Justeru, fungsi tertentu perlu disemak dari semasa ke semasa untuk memastikan ia memenuhi objektif sasaran, katanya.

    Sebagai contoh, dia berkata subsidi bahan api telah terbukti regresif dan tidak produktif.

    “Kita membelanjakan RM52 bilion tahun lepas sahaja untuk bahan api. Itu adalah 74 peratus daripada jumlah subsidi kita atau 2.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

    “Berbeza dengan perbelanjaan kita untuk kos operasi penjagaan kesihatan, hanya berjumlah 1.7 peratus daripada KDNK dalam tempoh yang sama. Bayangkan kerugian besar dalam kos peluang kepada subsidi bahan api,” kata Nurul Izzah ketika berucap di Forum Ekonomi Belia 2023 di Kuala Lumpur hari ini.

    Dia berkata ketika Malaysia menuju ke arah populasi yang semakin tua, lebih banyak pelaburan dalam perlindungan sosial diperlukan untuk menyediakan negara dengan sistem penjagaan kesihatan yang terbaik supaya belia masa depan tidak terbeban menanggung kos tersebut.

    Forum Ekonomi Belia dianjurkan oleh Persatuan Alumni Felo Perdana sebagai platform untuk generasi muda melibatkan diri dengan kerajaan, sektor swasta dan organisasi antarabangsa.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts