Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesOp Ramadan KKM periksa bazar Ramadan, hotel di seluruh negara

    Op Ramadan KKM periksa bazar Ramadan, hotel di seluruh negara

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Kesihatan (KKM) akan melaksanakan Operasi Ramadan 2024 serentak di seluruh negara di semua premis makanan termasuk bazar Ramadan, dalam memastikan keselamatan makanan yang dijual sentiasa terjamin.

    KKM dalam kenyataan di Putrajaya hari ini memaklumkan aktiviti operasi itu melibatkan pemeriksaan premis serta pensampelan makanan, bagi memastikan makanan yang disediakan atau dijual itu selamat, mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT).

    “Aktiviti pemeriksaan yang dijalankan di sepanjang rantaian makanan meliputi peringkat sumber bahan mentah dan tempat penyediaan makanan bagi peniaga yang telah dilesenkan oleh PBT telah bermula sebelum Ramadan lagi.

    “Ini diteruskan lagi dengan aktiviti pemeriksaan di premis tumpuan seperti hotel yang menyediakan bufet Ramadan, premis pembekal bahan mentah dan juga premis penyediaan ais,” menurut kenyataan KKM itu.

    Kenyataan KKM itu memaklumkan kerjasama dengan PBT juga dikukuhkan lagi dengan penganjuran taklimat keselamatan makanan kepada pengendali bazar Ramadan, memastikan pengendali mendapat suntikan pelalian anti tifoid dan menjalani latihan pengendali makanan.

    Menurut KKM kerjasama dengan PBT juga dikukuhkan lagi, dengan penganjuran taklimat keselamatan makanan kepada pengendali bazar Ramadan, memastikan pengendali mendapat suntikan pelalian anti-tifoid dan menjalani latihan pengendali makanan.

    “Kempen kesedaran berkaitan keselamatan makanan kepada orang ramai, pengendali dan pengusaha premis bahan mentah, penyediaan makanan, pembekal makanan turut giat dijalankan melalui bahan pendidikan kesihatan, media massa, media elektronik dan media sosial.

    “Orang ramai dinasihatkan untuk mengutamakan keselamatan makanan sepanjang Ramadan dalam memilih apa sahaja juadah berbuka, sebelum membeli ‘Perhati dan Pilih’ serta amalkan ‘Lihat Hidu Rasa’ kerana ia langkah paling mudah untuk mengelakkan keracunan makanan,” menurut kenyataan itu.

    ALSO READ:  PANDUANKINI | Penjelasan tentang petisyen cabar enakmen syariah Kelantan

    Pengguna yang mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, boleh menghubungi mana-mana pejabat kesihatan daerah, Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melayari laman sesawang serta Facebook Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) www.facebook.com/bkkmhq.​​​​​​​

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts