Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesOp Selamat: Polis S'gor tumpu 30 lokasi kerap kemalangan

    Op Selamat: Polis S’gor tumpu 30 lokasi kerap kemalangan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis Selangor akan melaksanakan Op Selamat 22 di 30 lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan kerap berlaku kemalangan dan kesesakan jalan raya di Negeri ini bermula 8 hingga 13 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri.

    Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata antara lokasi tumpuan adalah di jalan Ijok – Kuala Selangor, Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban, Kilometer (KM) 407 – KM410 Lebuhraya Utara Selatan, Jalan Pelabuhan Barat, Jalan Meru, Jalan Salak – Sepang dan Jalan Serdang Jaya.

    “Dalam operasi ini, sebanyak 11 lokasi operasi peranangkap had laju dan tujuh Op Lancar akan dilaksanakan dengan kekuatan 843 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik bagi memastikan lalu lintas bergerak lancar.

    “Op Selamat 22 juga akan melibatkan kerjasama polis dengan agensi berkaitan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan pihak konsesi lebuh raya bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sepanjang musim perayaan ini,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Hari Raya Aidilfitri dan Majlis Berbuka Puasa bersama Petugas-petugas Polis dan Konsesi Lebuh Raya di Shah Alam hari ini.

    Hussein berkata kerjasama yang diselaraskan dengan agensi keselamatan lain bersama konsesi lebuh raya itu adalah antara usaha pihaknya memastikan perjalanan yang lancar serta mengurangkan kebarangkalian kemalangan jalan raya ketika orang ramai balik ke kampung dan pulang daripada berhari raya.

    Beliau berkata Op Selamat yang bertemakan “Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi”, itu akan melibatkan kekuatan sebanyak 7,114 pegawai dan anggota secara keseluruhan yang bersiap siaga memastikan keselamatan komuniti kekal terjamin ketika orang ramai meninggalkan kediaman untuk pulang ke kampung.

    ALSO READ:  Fadillah bertemu Menteri air Palestin

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts