Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesOperasi kaunter saman trafik dilanjutkan hingga 9 malam

    Operasi kaunter saman trafik dilanjutkan hingga 9 malam

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis Diraja Malaysia telah melanjutkan operasi kaunter diskaun saman trafik yang dibuka sempena program Setahun Bersama Kerajaan Madani di Stadium Nasional Bukit Jalil hingga 9 malam ini.

    Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasan Trafik Bukit Aman, Mohd Azman Ahmad Sapri, menyatakan bahawa langkah itu diambil susulan sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai yang berkunjung ke program tersebut pada hari terakhir.

    “Sebanyak 14 kaunter saman trafik dibuka hari ini dan ada anggota polis trafik yang bertugas boleh membantu mempermudah urusan orang ramai membayar saman,” katanya kepada Bernama.

    Pada Jumaat lepas, operasi kaunter diskaun saman dibuka dari 9 pagi hingga 4 petang. Namun, disebabkan ramai yang ingin membayar saman trafik dengan diskaun 50 peratus, operasi kaunter tersebut dilanjutkan hingga 9 malam.

    Tinjauan Bernama di kaunter-kaunter bayaran saman trafik mendapati ribuan pengunjung yang datang seawal 7 pagi beratur panjang untuk membayar saman sambil dibantu anggota polis trafik.

    Pekerja swasta, Abu Bakar Omar, 45, mengatakan bahawa beliau datang dari Ayer Keroh, Melaka, semata-mata untuk mendapatkan diskaun bayaran saman.

    “Saya mendapat maklumat bahawa hanya di Bukit Jalil sahaja dapat boleh dapat diskaun saman dan tidak di tempat lain. Saya bergerak dari Ayer Keroh kira-kira 5 pagi untuk ke Bukit Jalil,” katanya.

    Seorang mahasiswa universiti awam, Ahmad Daniel Mohd Ali, 24, turut mengambil peluang cuti hari ini untuk mendapatkan diskaun saman.

    “Peluang sedemikian mungkin tidak dapat lagi dan hanya boleh didapati apabila ada program-program kerajaan,” katanya.

    Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di Stadium Nasional Bukit Jalil selama tiga hari memberi fokus kepada tiga komponen iaitu showcase Pencapaian Setahun Kerajaan Madani, perkhidmatan touchpoint rakyat dan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat.

    ALSO READ:  Olympics-Badminton-Win or lose, India's Crasto promises a treat in Paris

    Kemuncak program itu adalah majlis penutup yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim petang ini.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts