Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesOperasi pencarian saki-baki Pati lolos dihentikan - Saifuddin

    Operasi pencarian saki-baki Pati lolos dihentikan – Saifuddin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pencarian sisa-sisa pendatang tanpa izin yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor, Perak pada 1 Feb lepas kini dilakukan berdasarkan laporan orang awam.

    Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyatakan bahawa operasi pencarian di dalam hutan serta sekatan jalan raya oleh Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen telah dihentikan.

    “Kita tahu bahawa mereka ini akan keluar dari hutan dan pergi ke surau atau masuk ke kampung untuk meminta makanan.

    “Orang kampung yang melihat mereka akan terus melaporkan kepada pihak berkuasa,” kata beliau selepas melawat Briged Tengah Pasukan Gerakan Am di Cheras hari ini.

    Pada 1 Feb lepas, seramai 131 tahanan berjaya melarikan diri dari blok lelaki depot tersebut dan daripada jumlah itu, 101 orang berjaya ditahan semula manakala 2 lagi terbunuh dalam nahas jalan raya.

    Dalam pada itu, Saifuddin Nasution mengakui terdapat kekurangan dalam penggunaan bekas tapak Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebagai depot imigresen dan beliau akan membuat keputusan berhubung perkara tersebut dalam masa terdekat.

    “Pendatang yang ditahan telah dipindahkan ke lokasi lain dan keputusan akan dibuat dalam masa terdekat sama ada depot itu masih boleh dijadikan tempat tahanan atau tidak.

    “Siasatan juga masih dijalankan bagi menjejaki siapa dalang utama kejadian itu,” katanya.

    Dalam insiden tersebut, pendatang tanpa izin yang melarikan diri terdiri daripada 115 etnik Rohingya, 15 warga Myanmar dan seorang warga Bangladesh.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts