Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesOperasi percubaan koc wanita MRT laluan Kajang mula hujung bulan ini

    Operasi percubaan koc wanita MRT laluan Kajang mula hujung bulan ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Operasi percubaan koc wanita untuk perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kajang akan dimulakan pada hujung bulan ini. Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata jika inisiatif tersebut dapat dilaksanakan dengan baik, pihaknya akan memperluas usaha itu ke perkhidmatan di laluan lain.

    Loke berkata pengenalan inisiatif tersebut dibuat berikutan peningkatan kes gangguan seksual di dalam mod pengangkutan tersebut. “Kementerian akan sesuaikan dahulu (percubaan ini) supaya penumpang tahu ada koc khas untuk wanita di setiap platform stesen MRT dengan dimulakan bagi laluan Kajang. “Pihak Prasarana (Prasarana Malaysia Bhd) juga telah membuat persiapan bagi tujuan itu. “Isunya (memperkenalkan koc wanita itu) adalah apabila kita melihat berlaku peningkatan dari segi gangguan seksual dalam kereta api. Apabila tiba waktu puncak, mereka (wanita) terpaksa berhimpit dan kadangkala berlaku sentuhan fizikal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Kebangsaan Wanita DAP di Klang hari ini.

    Menurut Loke setiap koc itu mampu memuatkan lebih 100 wanita pada satu-satu masa. Sebelum ini, media melaporkan Kementerian Pengangkutan akan memperkenalkan sebuah koc wanita bagi MRT laluan Kajang demi keselesaan dan keselamatan penumpang golongan itu. Pada 28 April 2010, Keretapi Tanah Melayu Bhd memperkenalkan koc wanita yang menggunakan warna merah jambu untuk menarik perhatian penumpang wanita yang merangkumi 60 peratus pengguna.

    Sementara itu, mengulas mengenai pesawat Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, dekat sini pada 17 Ogos lalu, Loke berkata laporan awal mengenai insiden tersebut akan dikeluarkan pada 15 Sept ini. Nahas pesawat itu mengorbankan 10 individu termasuk Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Johari Harun.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts