Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesOPR kekal 3 peratus

    OPR kekal 3 peratus

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang bermesyuarat hari ini, memutuskan untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus.

    Ini merupakan kali ketiga berturut-turut MPC bertindak mengekalkan OPR pada paras tersebut.

    Dalam kenyataan sejurus berakhirnya mesyuarat itu, BNM menjelaskan pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari terus menyokong pertumbuhan ekonomi serta konsisten dengan penilaian semasa berkaitan dengan prospek pertumbuhan dan inflasi.

    “MPC akan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil,” katanya.

    Mesyuarat keenam dan terakhir MPC bagi tahun ini dijadual berlangsung pada 1-2 Nov, 2023.

    Menjelaskan selanjutnya, BNM berkata pendirian dasar monetari bagi kebanyakan bank-bank pusat lain juga dijangka kekal ketat.

    “Ekonomi global terus berkembang, didorong oleh keadaan permintaan dalam negara yang berdaya tahan dengan sokongan keadaan pasaran pekerja yang teguh. Bagaimanapun, pertumbuhan global terus terjejas akibat inflasi teras yang kekal tinggi dan kadar faedah yang lebih tinggi.

    “Perdagangan global juga terjejas disebabkan oleh peralihan perbelanjaan daripada barangan kepada perkhidmatan serta permintaan yang terus berkurangan dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E),” katanya.

    Selain itu, BNM berkata, pertumbuhan yang lebih perlahan daripada jangkaan di China turut menjejaskan ekonomi global.

    “Pada peringkat global, inflasi keseluruhan terus menurun dan meskipun inflasi teras makin perlahan di ekonomi maju, ia masih melebihi purata jangka panjang,” katanya.

    Sehubungan itu, bank pusat tersebut menjangkakan prospek pertumbuhan terus bergantung pada risiko pertumbuhan lebih perlahan, terutamanya disebabkan oleh momentum ekonomi negara maju yang lebih perlahan dan inflasi sebenar lebih tinggi daripada jangkaan, ketegangan geopolitik yang kian meruncing serta keadaan pasaran kewangan yang ketat secara mendadak.

    ALSO READ:  Bapa mengaku bersalah rogol, cabul anak

    Di peringkat tempatan, kata BNM, pertumbuhan ekonomi Malaysia pada suku kedua tahun 2023 telah terkesan akibat permintaan luaran lebih perlahan serta penurunan pengeluaran komoditi.

    “Pada masa hadapan, pertumbuhan akan terus didorong oleh perbelanjaan dalam negara yang berdaya tahan dalam keadaan persekitaran luaran yang mencabar.

    “Pertumbuhan guna tenaga dan upah yang berterusan, khususnya dalam sektor berorientasikan dalam negara, juga terus menyokong perbelanjaan isi rumah,” katanya.

    Selain itu, kata BNM, ketibaan dan perbelanjaan pelancong dijangka terus meningkat manakala aktiviti pelaburan akan disokong oleh projek infrastruktur berbilang tahun yang terus dilaksanakan selain pelaksanaan inisiatif pemangkin di bawah beberapa pelan induk negara yang diumumkan baru-baru ini.

    Keadaan kewangan domestik juga terus kondusif untuk pengantaraan kewangan berikutan pertumbuhan kredit yang berterusan.

    “Faktor-faktor ini akan terus menyokong momentum pertumbuhan menjelang tahun 2024.

    “Meskipun prospek pertumbuhan bergantung pada risiko pertumbuhan perlahan akibat permintaan luaran lebih lemah berbanding jangkaan serta penurunan pengeluaran komoditi lebih besar dan berpanjangan, namun kemungkinan pertumbuhan untuk meningkat (adalah didorong) terutamanya daripada aktiviti pelancongan lebih kukuh daripada jangkaan, pemulihan permintaan E&E yang lebih teguh serta pelaksanaan projek sedia ada dan projek baharu yang lebih pantas,” katanya.

    Dalam pada itu, BNM berkata, selaras dengan jangkaan, inflasi keseluruhan dan inflasi teras terus mereda berikutan keadaan kos yang lebih sederhana.

    Malah, bank pusat itu menjangkakan trend menurun tersebut akan berterusan pada separuh kedua 2023 yang sebahagiannya mencerminkan asas lebih tinggi daripada separuh kedua 2022 serta keadaan momentum kenaikan harga yang terus mereda.

    “Risiko terhadap prospek inflasi pula terus dipengaruhi oleh perubahan dasar dalam negara berkaitan subsidi dan kawalan harga, perkembangan harga komoditi global dan pasaran kewangan selain inflasi teras yang berlarutan,” katanya.

    ALSO READ:  MP: Letak Padu bawah Kementerian Digital, Rafizi tak boleh dipercayai

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts