Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesOPR rendah sebab utama nilai ringgit merosot

    OPR rendah sebab utama nilai ringgit merosot

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PARLIMEN | Dewan Rakyat diberitahu bahawa Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang rendah menjadi sebab utama nilai ringgit terus merosot.

    Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan berkata peningkatan OPR semasa negara masih rendah berbanding negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Thailand, Filipina, Indonesia, Korea Selatan dan India.

    “Sejak Mac 2022, bank pusat Amerika Syarikat telah menaikkan kadar faedah dengan mendadak dan agresif yang mulanya berada dalam julat 0-0.25 peratus telah pun dinaikkan sebanyak 525 mata asas kepada julat 5.25-5.50 peratus dalam tempoh 16 bulan.

    “Pada masa yang sama, kadar dasar utama negara serantau seperti Thailand, Filipina, Indonesia, Korea dan India turut menyaksikan peningkatan sebanyak 200 hingga 450 mata asas. Peningkatan OPR Malaysia pula hanyalah sebanyak 125 mata asas dari 1.75 peratus ke 3.00 peratus bagi tempoh yang sama.

    “Peningkatan OPR yang lebih rendah berbanding negara-negara lain boleh dikatakan sebab utama nilai ringgit menurun berbanding negara-negara tersebut,” katanya ketika sesi soal jawab Menteri (MQT) di parlimen, hari ini.

    Katanya, perbezaan ketara dalam kadar faedah dengan AS iaitu sebanyak 250 mata ini misalnya mendorong pelabur asing untuk mengalihkan modal keluar dari pasaran domestik ke pasaran yang memberikan pulangan lebih tinggi.

    Dia berkata demikian ketika menjawab soalan Lim Guan Eng (Bagan- PH) yang bertanya faktor-faktor yang menyebabkan penurunan nilai ringgit.

    Menurutnya, sekiranya OPR dinaikkan untuk mengukuhkan ringgit, ekonomi negara akan terkesan serta pelbagai pihak terbeban dengan peminjam perlu membayar kadar faedah lebih tinggi.

    “Sebagai contoh, jika seorang itu ada pinjaman RM200,000, ini bermakna kalau kita menaikkan OPR ke 6 peratus, bermakna kenaikan untuk seorang itu akan naik RM6,000 setahun menjadi satu beban yang agak besar untuk peminjam,” katanya.

    ALSO READ:  PH tak pernah arah, izin berkempen guna gambar Agong

    Untuk rekod, kadar faedah OPR ditentukan oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC), Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mencapai mandat domestik, iaitu kestabilan harga dan pertumbuhan yang mampan, dan bukan untuk sebarang matlamat mengubah keadaan kadar pertukaran ringgit.

    Pada mesyuarat terakhir Nov tahun lalu, Jawatankuasa MPC mengekalkan OPR pada 3.00 peratus. Ini merupakan mesyuarat ketiga berturut-turut yang mana MPC telah memilih untuk mengekalkan kadar itu.

    BNM menjelaskan pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari kekal menyokong ekonomi serta konsisten dengan penilaian semasa mengenai inflasi dan prospek pertumbuhan.

    Pengukuhan dolar juga beri kesan

    Selain itu Amir berkata pengukuhan dalam dolar Amerika Syarikat (AS) dan ketidaktentuan pertumbuhan ekonomi China juga antara faktor mempengaruhi kejatuhan nilai ringgit.

    Katanya, faktor ini turut memberi kesan kepada mata wang serantau lain.

    “Setakat 28 Februari 2024, nilai ringgit telah menyusut -3.5 peratus berbanding dolar AS, sejajar dengan mata wang serantau seperti yen Jepun (-6.3 peratus), baht Thailand (-4.7 peratus) dan won Korea (-3.3 peratus),” katanya.

    Katanya, walau apapun, kerajaan tetap memandang serius akan prestasi nilai ringgit dan komited mempertahankan serta memperkukuh kedudukan mata wang negara itu.

    “Langkah-langkah oleh BNM termasuklah memastikan pasaran pertukaran asing di dalam Negeri kekal teratur serta mengekalkan kestabilan kewangan dan monetari.

    “BNM juga akan terus memantau pasaran kewangan dan mengambil langkah perlu termasuk campur tangan dalam pasaran pertukaran asing untuk membendung pergerakan mata wang yang berlebihan.

    “Selain itu, BNM turut memantau penukaran hasil eksport kepada ringgit oleh syarikat pengeksport selain meneruskan usaha menggalakkan penggunaan mata wang tempatan untuk penyelesaian eksport bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pergerakan dolar AS,” katanya.

    ALSO READ:  Soccer-Premier League offers education resources to combat 'tragedy chanting'

    Tambahnya, kerajaan yakin ringgit akan menunjukkan prestasi yang lebih baik pada tahun ini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts