Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesOps khas HRA 2024: JPJ kesan lebih 16,000 kes pandu lebih had...

    Ops khas HRA 2024: JPJ kesan lebih 16,000 kes pandu lebih had laju

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan 16,142 kes memandu melebihi had laju menerusi kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) menerusi pelaksanaan Operasi Khas sepanjang perayaan Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2024 sejak 1 April lepas.

    Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ Datuk Lokman Jamaan berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak 95 peratus memandu dalam kelajuan antara 130 km/jam hingga 170 km/jam manakala lima peratus lagi dikesan memandu melebihi 170 km/jam.

    “Pemandu perlu lebih bertanggungjawab pada diri sendiri dan keselamatan pengguna jalan raya lain dengan mengawal had kelajuan kenderaan yang bergerak pada kelajuan ditetapkan.

    “Secara tidak langsung ia mampu mengurangkan kadar kemalangan dan kematian harian dalam tempoh musim perayaan,” katanya kepada pemberita pada Operasi Bersepadu Motosikal HRA 2024 di Meru Raya di Ipoh hari ini.

    Dalam pada itu, Lokman berkata pihaknya mengeluarkan 26, 313 notis pelbagai kesalahan kerana kegagalan mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya menerusi Ops Khas Motosikal bagi tempoh 1 hingga 6 April.

    Menurutnya, sejumlah 1,464 motosikal turut disita atas kesalahan ekstrem semasa operasi berkenaan dilaksanakan di seluruh negara.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts