Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesOps Raya: 42 bas dilarang beroperasi

    Ops Raya: 42 bas dilarang beroperasi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sebanyak 42 bas dikenakan Notis Larangan Penggunaan Kenderaan atas pelbagai kesalahan peraturan teknikal menerusi Ops Hari Raya Aidilfitri 2024 yang dilaksanakan sejak 1 April lepas di seluruh negara.

    Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Lokman Jamaan berkata jumlah itu direkodkan daripada 3,799 bas yang diperiksa di 54 depoh bas dan 28 terminal bas.

    “Kesemua bas tersebut melakukan pelbagai kesalahan teknikal yang berbahaya dan tidak dibenarkan berada di jalan raya. Jadi, mereka ini ditahan daripada menjalankan perkhidmatan kepada penumpang,” katanya selepas melakukan pemeriksaan dan pemantauan di Terminal Bersepadu Selatan, di Kuala Lumpur hari ini.

    Selain itu, sebanyak 77 bas dikenakan tindakan termasuk 47 saman atas pelbagai kesalahan antaranya tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL) dan kesalahan tata kelakuan pemandu seperti bermain telefon bimbit dan tiada pemandu kedua.

    JPJ juga katanya turut mengeluarkan larangan memandu kepada enam pemandu bas, masing-masing dua di Kedah dan Sarawak serta satu di Kelantan dan Perak kerana disyaki mengambil bahan terlarang selepas gagal dalam saringan ujian air kencing.

    “Tindakan lanjut akan diambil dengan memanggil syarikat pengendali bas berkenaan dan laporan siasatan lengkap akan dikemukakan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk tindakan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010

    “JPJ juga akan menggantung lesen pemandu berkenaan di bawah Seksyen 36 Akta 333 setelah pengesahan lanjut diperoleh daripada pihak Agensi Antidadah Kebangsaan,” katanya.

    Pada masa sama, sebanyak 84 penyamaran oleh pegawai JPJ di dalam bas dilakukan dengan merekodkan 62 kes pelbagai kesalahan pemanduan pemandu bas.

    Lokman berkata penyamaran pegawai JPJ itu akan berterusan sehingga 20 April selain penguatkuasaan dan tindakan tegas akan terus dilaksanakan bagi memastikan ekosistem pembudayaan keselamatan jalan raya diutamakan buat semua pengguna.

    ALSO READ:  North Korea's Kim Jong Un receives car as gift from Putin - KCNA

    “Pemeriksaan dan penguatkuasaan berfokus ini selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 22 dan 23 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) serta Kaedah-Kaedah di bawahnya,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,254FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts