Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesOps tangkapan anjing liar: Warga emas akan kemuka representasi

    Ops tangkapan anjing liar: Warga emas akan kemuka representasi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang lelaki warga emas sedang membuat representasi untuk menggugurkan pertuduhan menghalang penjawat awam semasa operasi penangkapan anjing liar oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Mahkamah Majistret di Petaling Jaya.

    Peguam Rajsurian Pillai mewakili Patrick Khoo Kian Wui, 69, memberitahu Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapa bahawa pihaknya akan menghantar representasi kerana pihak pendakwaan ingin meneruskan kes tersebut.

    “Pihak pendakwaan hari ini memaklumkan bahawa pengadu telah menarik balik laporan dan rakaman percakapan mengenai penarikan itu telah direkodkan.

    “Namun, pihak pendakwaan menerima arahan untuk meneruskan kes berkenaan. Oleh itu, pihak kami akan menghantar representasi,” katanya yang hadir bersama seorang lagi peguam, Tay Chee Fu.

    Mahkamah kemudian menetapkan sebutan kes itu pada 22 Disember ini untuk penyerahan dokumen.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Sofea Jaysal dan Khoo dilihat hadir ke mahkamah dengan berkerusi roda kerana mengalami masalah kesihatan.

    Pada 31 Mac lepas, Khoo, yang bekerja sendiri mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menghalang anggota MBPJ Azizul Azzim Norehan daripada menjalankan tugasnya di sebuah rumah di Taman Kanagapuram di Petaling Jaya, pada 9 malam, 22 Mac lepas.

    Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    Pada 24 Mac lepas, media melaporkan pihak polis menjalankan siasatan terhadap sebuah rakaman kamera litar tertutup yang tular memaparkan insiden pergelutan antara anggota MBPJ dengan seorang lelaki semasa operasi menangkap anjing liar.

    Lelaki itu dikatakan cuba melindungi kumpulan anjing liar dengan memasukkan haiwan itu ke dalam premisnya, menyebabkan pasukan penangkap anjing cuba menghalang tindakannya sebelum berlaku pergelutan.

    ALSO READ:  Kenaikan gaji penjawat awam tidak harus didebatkan - Sim

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts