Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesOrang Asli: Pindaan kewarganegaraan sukarkan lagi keadaan kami

    Orang Asli: Pindaan kewarganegaraan sukarkan lagi keadaan kami

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung kewarganegaraan akan memburukkan lagi keadaan yang dihadapi Orang Asli serta Orang Asal di Sabah dan Sarawak.

    Seniman Orang Asli, Shaq Koyok (gambar utama) berkata ia khususnya akan memberi kesan kepada mereka yang berkahwin dengan orang luar.

    “Pindaan baru akan memburukkan lagi keadaan bagi masyarakat yang tidak ada dokumentasi yang memadai.

    “Ada Orang Asli yang berkahwin dengan pekerja asing…dan mereka ada masalah untuk mendaftarkan anak sebagai warga Malaysia,” katanya.

    Pemuda suku Temuan-Semai berusia 39 tahun itu berkata demikian dalam video yang dimuat naik NGO Sabah, Advocates for Non-discrimination and Access to Knowledge (Anak).


    ‘Nak letak mereka di mana?’

    Aktivis Sarawak, Agnes Padan juga menyuarakan sentimen sama.

    Menurutnya, cadangan membuang terma “bermastautin secara tetap” daripada Seksyen 1(a) Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan juga akan memberi kesan negatif kepada warga emas yang berkeluarga dan tinggal di Sarawak.

    Pada masa ini, seksyen itu menyatakan sesiapa yang lahir di Malaysia dengan sekurang-kurangnya seorang daripada ibu atau bapanya adalah warga atau “bermastautin secara tetap” di Malaysia secara automatik mendapat kewarganegaraan.

    Kerajaan bercadang untuk membuang terma “bermastautin secara tetap”. Ini bermakna mereka yang lahir dengan keadaan itu perlu melalui proses pendaftaran kewarganegaraan.

    “Jika pindaan diluluskan, apa yang akan terjadi kepada mereka?

    “Kita bukan bercakap tentang seorang dua. Ada ramai warga emas yang masih memegang ‘IC hijau’ (MyKas atau status pemastautin sementara),” kata aktivis dari etnik Lun Bawang itu.

    “Mereka adalah generasi ketiga atau keempat. Di mana kita nak letak mereka? Mereka bukan (dianggap) warga Malaysia, Indonesia atau Filipina. Jadi mereka warga apa?” soalnya.


    Menurut Agnes, dia menguruskan banyak kes melibatkan warga emas di Sarawak yang masih tiada status kewarganegaraan walaupun sudah berdekad tinggal di sana.

    ALSO READ:  Anak ditahan: MB Perlis serah siasatan pada SPRM

    Seorang lagi aktivis Dayak membangkitkan antara masalah utama yang dihadapi Orang Asal adalah kurangnya kemudahan di kawasan pedalaman.

    “Itulah sebabnya kebanyakan kelahiran lambat didaftarkan, atau tidak didaftarkan langsung.”

    Semalam, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Orang Asli yang memegang kad penduduk tetap boleh memohon kewarganegaraan jika mereka bukan warga negara lain.

    Katanya, jika mereka boleh menunjukkan bukti tinggal di negara ini, mereka boleh memohon berdasarkan undang-undang sedia ada.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts