Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesOrang kuat nafi Mahathir di sebalik Langkah Dubai

    Orang kuat nafi Mahathir di sebalik Langkah Dubai

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bekas perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tidak terlibat dengan Langkah Dubai yang tidak wujud, kata orang kuatnya, Khairuddin Abu Hassan. Pengerusi Mobilisasi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu itu berkata, pihaknya tidak tahu menahu mengenai Langkah Dubai yang didakwanya dicipta oleh Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi. “Sesungguhnya, kami tidak tahu menahu tentang ‘Langkah Dubai’ yang pada hakikatnya tidak pernah wujud tetapi diciptakan demi agenda politik presiden Umno.” “Bagaimana nak tuduh kononnya Tun M (Mahathir) terlibat dengan ‘Langkah Dubai’ di mana perkara tersebut tidak pernah wujud. “Langkah Dubai’ adalah satu imaginasi liar yang berbentuk ilusi tanpa asas kebenaran. Ini semua cerita dongeng yang direka untuk memulihkan kekuatan kedudukan presiden Umno semata-mata,” katanya kepada Malaysiakini, hari ini. Khairuddin diminta mengulas mengenai dakwaan pihak tertentu yang mengaitkan Dr Mahathir dengan gerakan menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    Semalam, Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan memang wujud gerakan mahu menjatuhkan kerajaan – digelar ‘Langkah Dubai’ – seperti dilaporkan beberapa hari lalu. Bahkan Timbalan Perdana Menteri itu mendakwa gerakan berkenaan bukan saja didalangi pemimpin dari parti pembangkang bahkan turut disertai individu tertentu dari blok kerajaan. Kata Ahmad Zahid, dia menerima laporan perisikan berkaitan gerakan itu sebaik sahaja individu terbabit tiba dilokasi yang dilaporkan, serta selepas mereka selesai mengadakan pertemuan. Bagaimanapun Anwar memilih untuk tidak ‘mengambil pusing’ mengenai rancangan sulit yang dinamakan ‘Langkah Dubai’ untuk menggulingkan kerajaannya baru-baru ini. Sambil mengakui menyedari rancangan seumpama itu, dia sebaliknya berkata, tumpuan kerjaan adalah untuk membangunkan negara.

    Mengulas lanjut, Khairuddin berkata buat masa ini Dr Mahathir tidak terbabit dengan politik kepartian, sebaliknya memberi fokus kepada usaha menyatukan orang Melayu. “Tun M hanya mahu memperkasakan semula kedudukan orang-orang Melayu tanpa mengganggu-gugat hak-hak bangsa lain sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan. Dalam erti kata yang lain, Tun M ingin menebus semula maruah Melayu agar dihormati oleh semua pihak baik di dalam mahupun luar negara. Sebab itulah Tun M tidak mahu menganggotai sebagai ahli dalam mana-mana parti-parti politik,” katanya. Jelasnya, Dr Mahathir mahu menumpukan dalam bidang pembangunan ekonomi khususnya membantu memajukan Negeri di bawah SG4 iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts