Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesOrang lain merisik jawatan, orang lain pula difitnah - Pegawai Hamzah

    Orang lain merisik jawatan, orang lain pula difitnah – Pegawai Hamzah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Setiausaha sulit Hamzah Zainuddin, Ahmad Ikhwan Fadhli menafikan desas-desus ketua pembangkang itu sedang merisik jawatan dalam kerajaan.

    Sebaliknya Ahmad Ikhwan berkata individu berkenaan bukan Hamzah dan menyifatkan khabar angin itu sebagai fitnah serta peranang saraf ‘level amatur’.

    “Fitnah. Orang lain merisik, orang lain pula yang difitnah. Perang saraf level amatur. No class,” katanya menerusi akaun X hari ini.

    Dia turut menaikkan tangkap layar poster dalam aplikasi WhatsApp yang mendakwa Hamzah berunding di Pejabat Perdana Menteri untuk mendapatkan jawatan.

    Ahad lalu, portal Free Malaysia Today (FMT) memetik sumber melaporkan seorang pemimpin utama Bersatu sering kelihatan di Pejabat Perdana Menteri dan dipercayai melakukan rundingan demi survival beberapa pemimpin tertentu sehingga pengundian parti.

    Sumber yang enggan dinamakan itu mendakwa, ‘lebih ramai’ wakil rakyat Bersatu dijangka mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

    Setakat ini, enam Ahli Parlimen Bersatu telah menyatakan sokongan kepada Anwar, menyebabkan parti itu meminda perlembagaan parti bagi mengelak tindakan sama berulang.

    Mereka ialah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

    Bersatu dijangka mengadakan pengundian Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dan bahagian pada tahun ini selepas menunda selama 18 bulan pada Mei tahun lalu.

    Sebelum ini, Hamzah disebut-sebut antara calon utama mengisi kerusi nombor satu parti jika Muhyiddin Yassin memutuskan untuk tidak bertanding presiden Parti pada pengundian akan datang.

    Pada perhimpunan agung tahunan Bersatu November lalu, Muhyiddin mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan presiden parti.

    Bagaimanapun dia mengubah pendirian itu kurang 24 jam selepas diyakinkan isterinya Noorainee Abdul Rahman untuk kekal menyandang jawatan itu.

    ALSO READ:  Program pemikiran Qaradawi: Ada petanda positif dari PMO
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts