Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines‘Orang macam ni khianat, tiada hati perut’ - Bersatu

    ‘Orang macam ni khianat, tiada hati perut’ – Bersatu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Empat ahli parlimen Bersatu yang menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim dicabar meletakkan jawatan dan bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil bagi menguji tahap sokongan yang diraih mereka.

    Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris (gambar, bawah) berkata empat ahli parlimen itu telah mengkhianati pengundi dan penyokong parti.

    “Mereka ini bijak, nak jadi wakil rakyat tetapi tak nak jaga kawasan.

    “Kononnya, bila kita pecat mereka, mereka jadi bebas dan tak ada tanggungjawab kepada kawasan yang diberi amanah.

    “Saya fikir orang macam ni khianat, tiada hati perut dan tak fikir kerja keras jentera yang dah memberikan dia kemenangan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran jenteran pilihan raya PN di Kemaman, malam tadi.

    Pengundian pilihan raya kecil parlimen Kemaman bakal berlangsung pada 2 Dis. Proses penamaan calon pula akan diadakan pada 18 Nov.

    Sebelum ini, empat ahli parlimen Bersatu mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan memberi alasan demi mempertingkat pembangunan dan bantuan untuk kawasannya ketika rakyat berdepan peningkatan kos sara hidup.

    Memandangkan mereka tidak keluar parti masing-masing, undang-undang yang bertujuan untuk mencegah ahli parlimen berpaling tadah menyertai parti lain tidak terpakai.

    Bagaimanapun, kesetiaan mereka kepada Anwar masih belum teruji kerana belum ada undian blok atau undi percaya di parlimen.

    Empat ahli parlimen berkenaan ialah Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zahari Kechik (Jeli), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) and Suhaili Abd Rahman (Labuan).

    Sementara itu, Razali berkata pihaknya akan memulakan tindakan undang-undang terhadap Zahari dan Mohd Azizi.

    “Dalam kes ini kita percaya wujud unsur-unsur sogokan yang menjanjikan habuan selepas mereka menyatakan sokongan terhadap perdana Menteri.

    ALSO READ:  Perhilitan sahkan terima aduan kelibat pak belang di Maran

    “Kita akan pertimbangkan tindakan undang-undang termasuk membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts