Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesP Pinang terus teraju, sumbang nilai kesejahteraan rakyat

    P Pinang terus teraju, sumbang nilai kesejahteraan rakyat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pulau Pinang perlu terus menerajui, menyuntik inspirasi dan menyumbang kepada nilai kesejahteraan rakyat secara keseluruhan, berasaskan nilai Malaysia Madani dan prinsip kerajaan perpaduan.

    Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata dunia kian berubah mengikut peredaran zaman, justeru segala usaha dan objektif yang disasarkan kerajaan persekutuan melalui Konsep Malaysia Madani akan terus didukung di peringkat Negeri.

    “Kerajaan Pulau Pinang akan terus mengemudi Negeri melalui peranancangan dan pelaksanaan rapi untuk mencapai Visi Penang2030: Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara untuk memulihkan sektor ekonomi agar pembangunan Negeri khususnya dan negara amnya dapat bergerak dengan pantas serta bertambah rancak,” katanya dalam perutusan bersempena dengan Tahun Baru 2024 di George Town hari ini.

    Chow berkata kejayaan pembangunan dan pemulihan ekonomi yang dicapai hingga kini adalah hasil usaha bersama kerajaan Negeri dan pusat yang sentiasa berganding bahu memastikan pelaksanaan projek atau program yang memberikan manfaat kepada rakyat.

    Dia berkata dalam usaha kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada pembangunan sosial demi kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat, projek infrastruktur mega seperti transit aliran ringan (LRT), projek pembesaran lapangan terbang dan projek Silicon Island di bahagian selatan pulau Negeri itu juga diberikan keutamaan, malah telah mula dilaksanakan.

    “Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, kerajaan Negeri yakin projek Silicon Island akan mengulangi kejayaan Kawasan Perindustrian Bebas (FIZ) Bayan Lepas yang membawa pembaharuan kepada ekonomi Pulau Pinang lebih 50 tahun lepas.

    “Sememangnya tidak dapat dinafikan kita memerlukan Silicon Island untuk mengembangkan lagi tanah perindustrian di Bayan Lepas untuk menjamin perkembangan serta peningkatan daya saing sektor pembuatan elektrik dan elektronik (E&E) Negeri kita yang terkemuka,” katanya.

    ALSO READ:  Rais Hussin CEO baru Mranti

    Chow berkata mustahil bagi kesemua projek mega itu siap sebelum dia menamatkan tugas sebagai ketua Menteri, namun biarlah dia menggalas tanggungjawab untuk memulakan projek berkenaan demi kesejahteraan rakyat pada masa akan datang.

    Sementara itu, katanya, kerajaan Negeri juga menyeru seluruh rakyat Pulau Pinang agar terus mengekalkan keharmonian yang dinikmati dan dibanggakan serta pihaknya akan terus memastikan rakyat sentiasa hidup dalam kemakmuran dan keharmonian dengan semangat perpaduan yang sentiasa mekar sejak bertahun-tahun lamanya.

    “Dengan ini, saya menjemput seluruh rakyat Pulau Pinang bersama-sama mengalu-alukan ketibaan 2024 dengan semangat kasih sayang, perpaduan, toleransi dan kegembiraan,” katanya.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts