Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, September 17, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPadu: Kem Ekonomi jumpa kerajaan Sarawak minggu depan

    Padu: Kem Ekonomi jumpa kerajaan Sarawak minggu depan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Ekonomi akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan Sarawak minggu hadapan bagi membincangkan mengenai pendaftaran Pangkalan Data Utama (Padu).

    Menterinya Rafizi Ramli berkata ia berikutan wujudnya arahan oleh kerajaan Negeri agar pendaftaran dan kemas kini Padu di Negeri itu ditangguhkan.

    “Setakat ini, saya difahamkan arahan untuk pendaftaran ditangguhkan hanya tertakluk kepada pegawai dan kakitangan kerajaan Negeri sahaja.

    “Kita telah menghubungi kerajaan Sarawak dan minggu depan Kementerian Ekonomi akan duduk (berbincang) berkenaan hal ini dengan mereka,” katanya pada sidang media selepas sesi dialog awam Padu di Shah Alam hari ini.

    Rafizi berkata arahan supaya ditangguhkan pendaftaran Padu itu adalah untuk membolehkan kerajaan Negeri mendapatkan penjelasan Kementerian Ekonomi berdasarkan beberapa pandangan susulan mesyuarat kabinet Negeri.

    Rafizi berkata dari segi pendaftaran, penduduk Sarawak boleh terus mendaftar seperti biasa menerusi portal Padu, malah setakat minggu lepas, Sarawak antara Negeri merekodkan pendaftaran tertinggi.

    Mengulas kenyataan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Abdul Karim Rahman Hamzah bahawa pendaftaran Padu ibarat ‘membogelkan’ maklumat peribadi setiap orang, Rafizi berkata itu adalah sekadar pandangan peribadi.

    Rafizi juga memaklumkan kerajaan tidak bercadang untuk melanjutkan tempoh pendaftaran dan kemas kini Padu yang dijadual berakhir pada 31 Mac ini.

    Sehingga 11.59 malam tadi (22 Mac), seramai 7.07 juta rakyat telah mendaftar dan mengemas kini sistem Padu.

    Dalam perkembangan lain, Rafizi menafikan subsidi petrol akan ditarik balik sebelum Aidilfitri.

    “Tidak betul. Siapa yang buat khabar angin itu? Mustahil akan ada sebarang keputusan mengenai subsidi petrol dan diesel terlalu dekat dengan 31 Mac ini (tarikh akhir pendaftaran Padu).

    “Ini kerana kita perlukan data itu dibersihkan terlebih dahulu… apabila kita lihat pada garis masa, memang kita perlukan empat ke lima bulan pertama tahun ini untuk menyelesaikan soal sistem sokongan (Padu) terlebih dahulu,” katanya.

    ALSO READ:  Jangan jadi pelawak ‘komediri’ ketika ceramah, kata Mujahid

    Semalam, satu portal berita dalam talian melaporkan sebuah firma penyelidikan memberi jangkaan bahawa harga RON95 dan diesel akan melonjak dalam masa terdekat.

    Ia berikutan pengapungan mengikut harga pasaran bagi RON95 dan diesel boleh menjimatkan subsidi bahan api kerajaan sebanyak RM29 bilion.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,257FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts