Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPadu: Kementerian Ekonomi akan beri taklimat pada wakil Sarawak

    Padu: Kementerian Ekonomi akan beri taklimat pada wakil Sarawak

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Ekonomi akan mengadakan satu sesi taklimat kepada wakil kerajaan Sarawak berkenaan isu keselamatan dan perlindungan bagi sistem Pangkalan Data Utama (Padu) dalam masa terdekat.

    Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menerusi kenyataan hari ini berkata kementerian komited dalam menjawab segala persoalan dan kebimbangan yang telah dibangkitkan oleh kerajaan Sarawak.

    “Saya ambil maklum kenyataan media Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 dan Perhubungan Negeri – Persekutuan) berkenaan pelaksanaan Padu di Sarawak.

    “Kerajaan akan sentiasa memastikan pengendalian data yang selamat, termasuk keselamatan sistem, rangkaian dan data yang melindungi maklumat peribadi,” katanya.

    Menurut Rafizi, informasi yang berada dalam sistem Padu merupakan maklumat rasmi kerajaan yang dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88] dan tertakluk kepada semua arahan perlindungan keselamatan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO).

    Oleh itu, dia berkata mana-mana perbuatan mengakses, memuat naik, memuat turun, meminda, menambah atau menyebarkan apa-apa data dalam Padu tanpa kebenaran ialah suatu kesalahan jenayah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara, denda, atau kedua-duanya sekali.

    Dia berkata berkata selain Akta 88, data termasuk peralatan komputer juga dilindungi di bawah Akta Jenayah Komputer 1997 (Akta 563) yang secara amnya menyatakan bahawa apa-apa akses, penggunaan tanpa kebenaran terhadap mana-mana perananti, maklumat (data) atau sistem komputer ialah satu kesalahan.

    Hal itu termasuk juga kepada mana-mana orang yang mengakses sistem atau menggunakan atau mendapatkan atau memuat naik atau memuat turun data tanpa kebenaran daripada sistem Padu, katanya.

    Rafizi berkata pasukan pembangunan sistem Padu sentiasa bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi yang menguruskan keselamatan siber dan privasi data negara seperti CGSO, Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), CyberSecurity Malaysia (CSM), Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dan Kementerian Komunikasi.

    ALSO READ:  Taliban releases Austrian far-right activist held in Afghanistan

    “Sehingga kini, tiada isu kebocoran maklumat dilaporkan walaupun terdapat dua hingga 2.3 juta kali cubaan serangan terhadap Padu dalam tempoh satu minggu.

    “Pembangunan Padu juga mematuhi piawaian antarabangsa dan prinsip-prinsip amalan terbaik yang ditetapkan untuk memastikan keselamatan terjamin,” katanya dan menambah sistem Padu dibangunkan secara dalaman menggunakan kepakaran penjawat awam sedia ada tanpa melibatkan lantikan daripada perunding luar bagi mengurangkan risiko kebocoran maklumat.

    Rafizi berkata bagi memastikan integriti data dan kebocoran data tidak dilakukan oleh pegawai yang mempunyai akses kepada data, penilaian tahap integriti pegawai telah diambil kira melalui proses tapisan keselamatan oleh CGSO.

    Katanya, akses kepada data hanya dibenarkan kepada pegawai yang dilantik dan terhad kepada perananan masing-masing.

    Setakat 11:59 malam semalam, bilangan pendaftaran meningkat kepada 7.7 juta, berbanding 5.4 juta yang direkodkan pada 17 Mac lepas.

    “Saya memberikan jaminan bahawa dengan Padu, setiap rakyat akan menerima manfaat yang adil dan wajar melalui peranancangan dan pelaksanaan dasar yang lebih baik dan berkesan berpandukan data,” katanya.

    Terdahulu, media melaporkan Sarawak meminta beberapa perubahan dibuat berkaitan maklumat peribadi yang diminta sistem Padu, kerana mendaftar dengan Padu ibarat “menelanjangkan diri” apabila mendedahkan semua butiran peribadi individu termasuk akaun bank, hartanah dan pelaburan.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts