Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPadu kenal pasti rakyat benar-benar layak dapat subsidi bersasar - Armizan

    Padu kenal pasti rakyat benar-benar layak dapat subsidi bersasar – Armizan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang akan dilancarkan Selasa ini membolehkan kerajaan mengenal pasti rakyat yang benar-benar layak untuk menerima subsidi bersasar, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.

    Beliau berkata sistem itu juga akan mengenal pasti pelbagai faktor lain antaranya bilangan tanggungan dan bukan hanya jumlah pendapatan atau tahap isi rumah sama ada B40, M40 atau T20.

    Justeru katanya ia membolehkan kerajaan memastikan subsidi yang diberikan sampai kepada rakyat yang benar-benar memerlukan, bukan diseleweng pihak tidak bertanggungjawab untuk meraih keuntungan.

    “Kita mahu subsidi kerajaan, tahun ini sahaja mencecah RM81 bilion, disampaikan adil atau diberi timbal balik melalui bantuan sosial kepada rakyat memerlukan. Pertimbangan dan penentuan jumlah bantuan sosial kepada rakyat memerlukan ini akan berpandukan kepada data PADU.

    “Ada rakyat terima bantuan kebajikan am RM300, pesakit terlantar terima bantuan RM500 adilkah atau perlukan lebih lagi, kita lihat melalui PADU. Tetapi ada subsidi diesel diberikan kepada pemilik ladang sawit bagi kenderaan mereka sedangkan (mereka) raih keuntungan banyak, kita nilai semuanya nanti,” katanya.

    Beliau yang juga Ahli Parlimen Papar berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Fun Hike Keluarga Samat di Bukit Bendera, di Papar hari ini.

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal meluncurkan PADU Selasa ini (2 Jan) dan sistem itu akan dibuka selama tiga bulan untuk semua warganegara mengesahkan dan mengemas kini data sosioekonomi mereka.

    Armizan berkata dalam memastikan subsidi bersasar sampai dan tiada yang tercicir daripada menerima bantuan, beliau memohon supaya semua rakyat mengesahkan serta mengemas kini data sejurus PADU dilancarkan dan tidak menunggu saat akhir untuk berbuat demikian.

    ALSO READ:  Dr M boleh jadi PM semula jika musuhnya tak berjaga-jaga - Salleh

    Beliau berkata kerajaan komited untuk melaksanakan dasar subsidi bersasar yang akan hadir bersama jaminan bantuan sosial termasuk bantuan tunai yang akan ditentukan jumlahnya kemudian.

    Pelaksanaan dasar subsidi bersasar itu katanya tidak bermaksud bahawa subsidi akan ditarik sepenuhnya, sebaliknya ia melibatkan reformasi dalam pemberian subsidi dan bantuan sosial kepada rakyat.

    “Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited untuk membantu kerajaan melaksanakan agenda subsidi bersasar dengan komitmen bahawa dasar ini akan hadir bersama jaminan bantuan sosial kepada rakyat yang memerlukan,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts