Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, November 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPadu: KKDW keluarkan borang bantu penduduk luar bandar daftar manual

    Padu: KKDW keluarkan borang bantu penduduk luar bandar daftar manual

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan menerbitkan borang bagi membantu penduduk luar bandar dan desa mendaftar dalam Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) secara manual.

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata tindakan tersebut akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan ketua-ketua kampung untuk membantu golongan tersebut.

    “Melalui cara permohonan manual, kita akan segera mengenal pasti kumpulan sasaran ini…pihak Kemas dan ketua-ketua kampung yang dilantik akan diarahkan untuk mendaftarkan penduduk dalam Padu.

    “Borang akan disediakan kerana tidak semua individu mampu untuk mendaftar secara dalam talian, oleh itu kita perlu membantu penduduk luar bandar dan desa mendaftar secara manual,” katanya kepada media selepas Majlis Ponggal Perpaduan 2024 di Shah Alam, hari ini.

    Pendaftaran Padu terbuka kepada orang ramai sehingga 31 Mac ini dan pengguna boleh mengemaskini serta mengesahkan 30 butir peribadi termasuk nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat kediaman.

    Padu yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Januari lalu bertujuan menjadi sumber utama kerajaan dalam pengagihan subsidi dan penyaluran bantuan secara berkesan.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts