Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPakai logo Hamas, Briged al-Qassam boleh dipenjara di Singapura

    Pakai logo Hamas, Briged al-Qassam boleh dipenjara di Singapura

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Dalam Negeri (MHA) Singapura memberi amaran bahawa adalah menjadi satu kesalahan untuk memakai atau menayangkan secara umum logo Hamas atau Briged Al-Qassam.

    MHA dalam amarannya menegaskan, mana-mana individu yang didapati bersalah boleh didenda, penjara atau dinafikan memasuki republik itu.

    Bangunan Kementerian Dalam Negeri (MHA) Singapura

    Dalam satu kenyataan semalam, kementerian itu berkata, paparan awam lambang negara asing tanpa permit menjadi satu kesalahan di bawah Akta Logo Kebangsaan Asing (Kawalan dan Paparan) 1949. Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda sehingga SG$500, dipenjarakan sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

    “Konflik Israel-Hamas yang berterusan adalah isu emotif. Kami ingin menasihatkan daripada menayangkan secara umum dan penggunaan barangan berkaitan konflik itu, memandangkan sensitiviti yang semakin meningkat.

    “Semua pengembara yang melalui pusat pemeriksaan kami juga dinasihatkan supaya tidak mempamerkan atau memakai barangan sedemikian. Pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang enggan mematuhinya, termasuk menafikan kemasukan mereka ke Singapura,” kata kementerian itu.

    Menurut MHA, bahawa langkah-langkah mesti diambil untuk memastikan keamanan dan keharmonian di Singapura.

    Bagi yang mahu membantu mangsa konflik itu, MHA berkata mereka boleh menyumbang kepada pihak yang diamanahkan mengutip sumbangan dana atau derma bagi tujuan bantuan kemanusiaan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time šŸš€

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts