Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPakaian Zayn Rayyan dihantar ke jabatan kimia untuk analisis

    Pakaian Zayn Rayyan dihantar ke jabatan kimia untuk analisis

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pakaian yang dipakai oleh kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, ketika mayatnya ditemukan di aliran anak sungai berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai di sini telah diserahkan ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

    Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata polis kini giat menjalankan siasatan bagi mengumpul maklumat dan mencari petunjuk baharu yang boleh membantu siasatan berhubung kematian kanak-kanak berusia enam tahun itu.

    “Maklumat yang diperoleh polis pada masa ini sangat terhad dan kami sedang bekerja keras mengumpul maklumat yang boleh membantu siasatan selain menunggu keputusan analisis forensik daripada Jabatan Kimia,” katanya ketika dihubungi Bernama.

    Hussein berkata sehingga kini polis sudah merakam keterangan 20 individu termasuk ibu bapa mangsa dan lelaki yang menjumpai mayat Zayn Rayyan,pada Rabu lepas.

    Selain itu, katanya polis juga mengambil maklumat dari rumah ke rumah di tiga daripada 18 blok kediaman yang ada di kawasan perumahan itu.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata polis tidak dapat mendedahkan hasil keseluruhan laporan hasil bezah siasat Zayn Rayyan, 6, kepada umum kerana ia mungkin mengganggu siasatan.

    Beliau berkata polis perlu menjaga kerahsiaan setiap maklumat yang diperoleh supaya satu siasatan yang telus dapat disiapkan.

    “Namun apabila polis memperoleh maklumat yang boleh dikongsikan, sudah pasti Ketua Polis Selangor (Datuk Hussein Omar Khan) akan maklumkannya,” katanya dalam sidang media di lokasi kejadian di Petaling Jaya hari ini.

    Sebelum ini tular tangkap layar yang dimuat naik di laman TikTok memaparkan mengenai keadaan mayat Zayn Rayyan ketika ditemukan kumpulan penduduk yang membantu operasi mencarinya.

    Kanak-kanak malang berkenaan yang dilaporkan hilang pada tengah hari Selasa lepas di Damansara Damai ditemukan maut dalam aliran anak sungai berhampiran kediamannya pada keesokannya, iaitu kira-kira 200 meter dari blok kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai.

    ALSO READ:  CNY rush: Smooth traffic on major highways on Feb 8 evening

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts